Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts

19.1.11

Menangani anak cerewet makan, copied from anakkusayang.com


Would like to share the info from anakkusayang.com. Anak soleh ibu sorang tu sangat susah nak makan. Believe me, kadang2 2 hari dia tak makan nasi. Makan la apa2 yg lain, tu pon dlm kuantiti yg sangat sedikit. Selebihnya, susu, susu, dan susu lagi..

FAKTA
FAKTA : anak-anak yang cerewet dalam makanan ini adalah perkara yang biasa. Ianya akan muncul dalam ratio seorang setiap lima orang anak-anak.
Fakta : Kajian di University of London menunjukkan bahawa masalah ini kebanyakannya adalah genetik. Jika ada di dalam keluarga anda pasangan, adik beradik, ibubapa, pak cik mak cik, yang cerewet dalam makanan, maka ianya berkebarangkalian akan ada dalam anak anda juga.
Here comes the genetic part! Sah la genetik ibu nih. Sebenarnya ibu ni tak la memilih makanan, tapi banyak yang ibu tak suka makan. Heheh (tak same meaning kan? hikhik).  Ibu tak makan coklat, kuih2 manis, telur kuning, kerang, hati ayam, durian, and a very long list lagi. Sbnrnye ade 2 benda berbeza kat cni, ada yg ibu mmg xleh nak telan spt telur kuning and hati ayam, and ada yang ibu boleh telan, tapi tak berminat mcm kuih2 manis, kek, coklat and ape2 yg manis la. Tapi nasi ibu suka la makan...awat afiq tak suka plak. huhuhu..
Fakta : Biasanya anak mula berhenti dari makan semua jenis makanan pada usia 2 tahun, ketika deria rasa mereka mula berubah dan keinginan makan mula menurun. Dan perkara ini biasa berlanjutan sehingga usia mereka 4 tahun atau 5 tahun (atau lebih lagi).
Fakta : Kajian oleh American Academy of Pediatrics menunjukkan kebanyakan anak-anak akan hilang sikap ini apabila mereka semakin dewasa. Namun ada juga kebarangkalian bahawa cerewet dalam makan ini boleh membawa kepada masalah “eating disorder” yang sangat bahaya.
——————————————————————————————————————————
WARNING!
Sila bawa anak anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya tanda-tanda berikut ada dalam diri anak anda :
1. Berat badan turun. Sekiranya anak anda masih makan dalam kuantiti yang sama namun berat badan mereka semakin turun dan berat badan mereka jauh kurang dari yang sepatutnya (berdasarkan graf umur dan ketinggian) maka bawa anak anda berjumpa dengan pakar. Perhatikan juga tanda-tanda seperti cirit-birit, demam, muntah, atau menjolok tekak untuk sengaja muntah.
So far, belum lagi hingga tahap turun berat badan tu.
2. Perubahan selera makan mendadak. Selera anak mungkin boleh berubah dari masa ke semasa, namun apabila ianya berlaku secara mendadak seperti langsung tidak mahu makan atau sebelum ini tak ada masalah tapi tiba-tiba sahaja dia jadi seorang yang memilih makanan, ianya mungkin boleh disebabkan oleh stress, murung, dibuli di sekolah, atau “eating disorder”.
3. Semakin kurus atau rambut gugur. Ini mungkin adalah tanda anak anda kekurangan zat makanan, anemia atau sedang stress.
4. Perubahan sikap yang mendadak. Sekiranya anak anda tiba-tiba menjadi semakin garang, selalu marah-marah, tak mampu untuk fokus, tak dapat tidur, atau bermasalah untuk berkawan, ianya mungkin berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang.
5. Allergy kepada Makanan tertentu. Sekiranya beberapa minit selepas anak anda makan, tiba-tiba dia menghadapi simptom seperti batuk. selsema, gatal kulit atau mata, keluar bintik-bintik merah, bengkak, pening, kejang, menangis, atau bersin-bersin, dia mungkin mempunyai allergy kepada makanan.
6. Cerewet dalam perkara lain (selain dari makanan) seperti kebersihan, pakaian, kekemasan, dan sebagainya dan ianya mengganggu kehidupan seharian anak anda, maka tanyakan kepada doktor anda mengenai Obsessive Compulsive Disorder (OCD).
—————————————————————————————————————————
PENYELESAIAN
Sekiranya anak anda tidak termasuk dalam kes di atas, maka jangan risau, anak anda cuma seorang yang cerewet dalam makanan (bukan masalah lain) dan ianya boleh ditangani dengan 5 langkah.
1. Jadikan waktu makan lebih positif
2. Jadikan waktu makan lebih tersusun
3. Kurangkan makanan yang akan menurunkan selera makan.
4. Sediakan makanan mengikut selera kanak-kanak. 
5. Terus mencuba
Saya akan terangkan lebih mendalam mengenai Cara penyelesaian ini pada siri yang seterusnya…
Anakkusayang.com

15.10.10

Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak

Source from FB.

Mengatasi masalah kuat marah pada anak Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia. Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. 

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini. 

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. 

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi. 

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula. 

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur. 

Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut. 

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. 

Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.

Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam. 

15.7.10

Sharing is Caring : Doa Ibu

Ini salah satu petikan daripada emel yg ibu dapat. Boleh jgk try kat Afiq ni. Tapi Afiq bukan budak degil kan, tapi ibu boleh try utk perkara2 lain..:)

Ikhtiar mengatasi anak degil

Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK . Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia .

Nas** dah try buat kat anak and Kak H** pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah pon boleh.. just try and see.

-from forwarded emel.  

2.6.10

Journey 20/40: Mind Therapy

Tahun ni ramai kawan-kawan ibu yang tengah preggy. Mostly masih di awal trimester. Kat fesbuk ade la cerita-cerita kemabukan ibu-ibu mengandung ni. Takleh makan, takleh masak, takleh bau bawang, and etc. Typical penyakit yang bese kite dengar dari zaman dulu-dulu lagi. Yang beruntung dapatlah rasa semua, dapat rasa lama-lama plak tu, yang kurang beruntung dapat rase sikit-sikit je. Heheh.

Time preggy ini, ibu didik hati utk lawan rasa-rasa negatif dalam diri. (mim alip las terutamanya). Ibu ingatkan diri akan janji-janji Allah pada wanita hamil. Kadang2 dapat la di lawan, ada kalanya rebah di sofa jugak. Heheh. Pada kawan2 yang sampai menangis2 takleh makan tu, bykkan bersabar. Kuatkan diri dan minda! (ceh, tak mabuk, aci la cakap ye dak? :) Hihi..

Renung-renungkan. Rasenya dah pernah publish, tapi malas nk godek. Ibu kongsikan lagi sekali.

  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 
1 urat, 1 pahala haji. Kita bersalin berapa banyak urat yg sakit dan putus. Subhanallah.

Ibu memang ade excuse 'pregnant' untuk tak buat certain things di rumah. Ayah afiqun pon bukanlah kategori lelaki sejati. Dlm kepasrahan pon still dia buat. Heheh. Tp ibu kadang2 t'pikir, "aku mmg boleh guna xcuse preggy, tapi klu aku buat, b'lebih2 yang akan aku dapat". Tp kadang2 bertarik tolak jgk especially hal2 melibatkan Afiqun. Mandi la, berak la, susu la. Time tu mula la keluar dari mulut ibu "Ibu kannn mengandungggg..." Hahaha.

Dlm duk perang ngn kemalasan tu, ibu rase berperang ngn mood swing lagi hebat dugaannya. Huhu. Kesian ayah Afiqun have to deal with it, tapi rasanya skang ni dah makin kurang berbanding dulu-dulu. :)

Ibu berdoa agar ibu lebih bijak mendidik hati ni, supaya setiap yang ibu buat tu dapat dilakukan dengan ikhlas. Dan ibu doakan jugak pada kawan-kawan yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata, yang nak menambah tapi bertahun-tahun tak dapat, semoga terus berusaha meminta padaNya. Yang pantang tabur je jadi tu, bersyukurlah dengan kurniaanNya. Kita tak tahu rezki kita setakat mana. 1 ke, 2 ke, 12 ke...

5.8.09

It's time to go to masjid


Asyik tgk JimJam Sunny jek, why not bagi anak2 kite tgk Islamic video plak. Download, then upload blk kat hphone anda klu anak anda hphone junkie mcm afiqun. Afiqun klu kat lappy or pc, die tak lyn video2 nih. Tensi btul..tp klu hp, xyah tjuk, die napak je hp, die sdri akan amik dan sua kt muke mak bapak die, tau la tu, die suh bukak video..
Layannn...



Upsy Daisy, now don't be lazy,
it's time to go to the Masjid.
Wash your face up, and pick the pace up,
it's time to go the Masjid.

Help your mother to get your brother,
it's time to go to the Masjid.
It's a wonderful place to go,
as a family.

We'll be standing,
all together in prayer.
We'll meet all our friends
when we are there.
(2x)

So, upsy daisy, now don't be lazy,
its time to go to the Masjid.
We'll greet everyone with Salaam
when we're at the Masjid.

Listen carefully to the Imam,
when we're at the Masjid.
It's a wonderful place to go,
made for you and me.

We'll be standing,
all together in prayer.
We'll meet all our friends
when we are there.
(2x)

So, upsy daisy, now don't be lazy,
it's time to go to the Masijd.
First we'll sit and read Qur'an,
when we're at the Masijd.

Next we pray with everyone,
when we're at the Masjid.
It's a wonderful place to go,
a wonderful place to be.

We'll be standing,
all together in prayer.
We'll meet all our friends
when we are there.
(2x)