Showing posts with label Progress. Show all posts
Showing posts with label Progress. Show all posts

30.7.10

Learn

Kami as parents memang tak amik pot sangat lagi bab-bab 3M ni kat Afiqun. So far, Afiqun baru reti fonetik Aa, Ii, and Uu..yang tu je la duk ulang sapai lebur buku. Huhu..Plus, ibu ayah masih kurang serasi ngn kaedah fonetik ni, ye lah zaman kami blajar mana ada fonetik2 ni..terus A-B-C, bukan aa, beh, and ceh..rase tergeliat jgk la nak menyebut mende2 fonetik ni. Sbb tu lah Afiqun tak naik2 dari A, I, U. hehehe..

Frankly, kami mmg tak konsisten pon ajar Afiq. Klu rajin tunjuk, klu tak, taklah. Klu time rajin, tapi Afiqun plak taknak, tak jadi jgk ajar. Betol2 slow and steady punye pendekatan nih. Huhuhuh..Yang rajin ayah duk buat ialah tunjuk kamus bergambar jer. Afiqun pon enjoy tgk animals, people and stuff..bab2 3M ni tak ditekankan sangat lagi..

Kemarin, ibu bukak kotak kain pelikat ayah yang baru beli. Dalam tu ada ketas kecik yang tunjuk jenis2 kain pelikat yg dikeluarkn oleh pngeluar tu. Die tulis ikut no 1 hingga 9. Ibu saje je la test Afiqun, sebab rasenya dari 1 to 4 tu die dah boleh cam sbb no 1-4 je yg ada kt remote gate kami. Afiqun mmg ditugaskan utk tutup and bukak pagar, so dia agak femiliar ngn empat no tu..

To our surprise, bila ibu tunjuk no 5 and above, rupenye Afiqun tau sebut five, six, and so on..tapi mngikut pelatnya lah kan, dan kdg2 t'tukar2 jgk bila ibu repeat tanya lagi. Terharu la jgk ibu dengar sebab ibu tak ajar lagi pon. And ibu tau bukan Afiqun tiba2 dapat pencerahan agung pon. Ni mesti pengasuhnya yang ajar..tiba-tiba je rase macam "alahaiii anakku...dari org lain plak dikau blajar yek..".

Ramai yang kata budak2 cepat bosan klu dihantar ke skolah awal sangat. Besenye tu dari mulut parents yg tak hantar anak awal la, termasuk lah ibu kot. Heheh. Sepupu Afiq ada sorang, si Ain tu. Sbbkan mak dia keje tadika, seawal 3 tahun lagi dia dah ikut mak die ke tadika. Now dah 5 tahun, dia dah master dah seme yg diajar kat sana agaknye. Kdg2 bila balik kemaman, dia xmo balik kT dah. Padahal kat kmaman saing ngn toknye aje kt umah. Huhu..And baru2 ni dia kuarkan statement "ain bosan doh gi skoloh..". Aci gitu? Huhuhu..Budak2 camni kene bagi dia buat aktiviti lain di luar waktu sekolah. Kelas swimming ke, tarian ke..heheheh..nati masuk tomtombak plak ank sedaraku..huahuahau..ibu t'haru jgk tgk budak 5 tahun ni dah pandai guna border and shading utk masukkan border kat MS Word. Huhu..rase tercabar plak ajar budak U subjek computer literacy yg salah satu topiknye adalah MSWord..budak 5 thn pon dah tau word skang weii..huhu..

Sebagai seorang bapak yang lari dari Tadika suatu masa dahulu (kahkahkah), sudah tentulah ayah Afiqun sedikit sebanyak ada mentaliti "tak ape lah tak bersungguh-sungguh lagi pon skang ni..lagikan ayah masuk darjah 1 terus, ini kan nak push kau budak yg baru 2 thn lebih..." huhu..

Skang ni kita latih nilai2 murni dalam diri dulu lah ye Afiqun..3M tu indirectly la sambil2..tapi jgn plak ikut jejak ayah lari dari pre-school plak later yek..:)

Ibu and ayah berkembang biak, afiqun plak makin kuyus..huhuhu..

13.4.10

Potong rambut dan tanggungjawab



Afiq dah kembali ke imej Mawi. Setiap kali potong rambut, tu je la imej yg applicable pon. Rambut afiq bknnye ikal or kerinting utk digunting hujung2 sahaja. Tidak juga lurus hingga boleh diselak-selak. Hanya 1 style utk afiq ni. Kasik tarah bagi nipis saje. Senang lepas mandi xyh sikat utk sbulan dua. Hahaha..

Kali ni ayah and ibu serahkan pale afiq kat kedai Ind je. Afiq sikit pon tak nangis. Meraung je ok. Aiyooo, mcm nak kene potong kepala. Tp ibu ayah wat hati kering je la. Bear je la for the 3,4 minit je tu. Klu buat sdri mau dkt setengah jam. Uncle Ind tu pegang je pale afiq, mesin ajek. Tak banyak pon air mata kuar. Meleleh air hidung je. Hahaha..Kite tgk ye fiq, kali yg ke berapa baru afiq ok potong rambut.

Selagi afiq tak ok, selagi tu la ayah skali akan bermandi peluh, bermandi rambut, and etc dengan afiq. Takpe fiq, susah senang ayah ada bersama. Ibu watpe? Pemerhati bebas. Hehehe..:)

Afiq dah 2 thn lebih. Dah kene diajar nilai2 berdikari dan tanggungjawab. (Waa, sounds like ala tentera jek ajar anak. Kuikui.) Plus, nak jadi abang kan. Kene la ada nilai keabangan sket.

  • Pagi2 skang ni ayah ibu ajar afiq kemaskan tempat tido sdri. Suruh afiq angkat bantal, dan selimut. Tp ayah or ibu sama2 buat skali la. Nak tido pon sama, ajar afiq amik bantal dia sdiri, letakkan kat tilam tmpt dia nak tido. So far, afiq enjoy doing the chore. Pantang ckp "Afiq, tolong ibu ambik bantal, kemaskan", sure afiq bgegas nak buat. (Budak2 mmg rajin buat ssuatu yg baru. Tggu la 8-10 thn. Lagi tak kuar anak tekak, tggu la bantal tu terbang sdri). Tp org kata melentur kene la dari rebung ek. And dlm proses tu kene la sama2 bagi kata semangat kat dia. Cthnye "Uihhh, kuat nye afiq". Sambil tu mulut afiq pon same ikut "Uuuuhhh..uuuhhh". Konon berat la tu angkat. Dan jangan lupa bagi reward bila dah siap keje. Xyh la janji bagi mkn eskrem or toys. Bagi kata pujian jek. A simple "Good boy Afiq" will do klu taknak cium bagai pon. :)
  • Petang2, kalu afiq and ibu sampai dulu sblum ayah, besenya kami lepak2 dlu kat luar. Ibu suruh afiq siram pokok. Afiq kene dera ke? Haha. Takde lah. Afiq siram olok2 je. Takde air pon dlm bekas siram tu. Afiq pretend siram2 je. At first ibu tgk afiq buat on his own. Napak afiq enjoy jek berlakon mcm tu, ibu pon ajar la lps tu. Ibu duduk je kat kerusi, tunjuk je pokok mane yg blom. Haha. Klakar pon ade, tp fun la tgk. Tp yg tak tahan tu bila afiq tarik tangan ibu nak gi siram pokok yg kat tepi2 pagar. Tanak pegi sdri, nak ibu teman. Klu skali ok la, tapi dah abeh siram seme, afiq akn repeat lagi dan lagi sapai la ibu kne distract ngn something else. Huhu..
  •  Yang lain2 bese la, ajar buang sampah dlm tong sampah. In fact, nilai ni yg afiq dapat dlu before yg lain2, and ibu discover afiq buat on his own jgk. Mukin dari observation die tgk ibu and ayah buat kot. Sejak tu la, ibu ayah bagi arahan jek bila2 dirasakan perlu. Lagi2 klu mls nk gerak. Haha. Guna alasan ajar anak. Ekeke. Tp kdg2 afiq nak diteman. Nak suruh tgk live acara dia buang sampah dpn mata. So kene bangun and bgerak jgk. Tp xpe la, kate nak ajar anak kan. Huhu..
  • Bila afiq nak pandai cuci montot and pakai diapers sdri plak? Huahuahua.. Bkn ape, ajar anak berdikari ok. :)
 Tips/petua/amalan:
Untuk lembutkan hati anak2 kita, selain pdekatan psikologi, kite kene berdoa dan bertawakal kpd Allah kerana sesungguhnya doa ibu itu tiada hijab di sisiNya. Sebagai amalan bersama, cuba la amalkan ni.
  • Sediakan air masak 1 jug, baca kan surah Al-fatihah (1x), dan surah Thaha, ayat 1-23 (11x).
  • Ayat2 terakhir tu adalah sbnrnya doa penerang hati yg biasa kita baca sbnrnya: "Robbi Zidni 'ilma War zuqni fahma, Rabbi Srohli Shodri wa YAssirli amri wa ahlul Uqdatammilli saaniy Yafqohuu Qouli"
  • Serta kan lah doa2 kita (agar dilembutkan hati anak, mendengar kata, terang hati and etc)
  • Perlu kan keazaman dan masa utk repeat 11x ayat 1-23 di atas. So elakkan buat dikala anak2 tgh berselirat dengan anda. Huhu.
  • Bagi la anak minum air tu sbg ganti air masak yg bese dia minum.
Yang baik jadikan ikutan, yang tak baik pandai2 la fikir sdri. :)

6.1.10

Entry b'campur baur

Ape kesah Afiqun skang ni ek? Di anak tirikan di blog sendiri. Heheh.

Afiq skang dah mule blaja posing sket2. Tp pose beraks yg diblajanye. Mcm adlan dlu2. (Meke ni ade telepathy ke weh?). Mane dpt ntah. Kalau tak pose beraks, pale wajib teleng kan sket. Sapai menyenggeng dalam troli, nk senget punye pasal. Agaknye sbb ibu slalu selalu sengetkan pale bile bgambar ngn afiq kot, pastu ibu slalu gak duk nyangkung klu nk shoot afiq view rendah. So afiq learn from the best kot! Huhu.



Semenjak dua menjak ni jgk afiq gemar kalau nak tido je mesti landing atas badan ayah or ibu. Lately ibu yg lebih jadi mangsa, sbb ayah kate badan ibu ade extra feature. Huhuh. Kdg2 sapai naik se'eh nk tunggu afiq btol2 lena. Mase kecik2 tak minat, skang baru thegeh2 nk tido atas badan mak ayah. Kalau time baby, napak la jgk kekiutan nye ek. Skang ni mcm hape jek gayenye t'sembam lagu tu. Ada kala kene hentakan kat tempat tak spatutnye, rse jgk mcm nak lem*pang. Tp mengenangkn budak nak tido, ku belai2 la jgk rambutmu itu..

Since pindah umah baru, ayah and ibu start train afiq tido s'diri kat bwh. (bkn level bwh ok, bwh kat tilam die sndrik jek). Tp sblum tido, kne bgolek2 dlu ngn afiq kat bwh, maklum la, nak sediakan perkhidmatan tilam da-da. Pas afiq dah lena, baru ibu/ayah naik beradu. Klu afiq jage tgh malam, either ayah or ibu yg akan turun bwh tidokan afiq blk or afiq yg naik merangkak carik ibu kt katil. Huhu. Overall, skang ni takde masalah tido malam dah budak afiq nih. Tutup jek lampu, golek2 jap, lame2 layu la mate dia. Kadang2 lagi haru, ayah ngn ibu xtau pon camne afiq tido sbb kami yg fengsan dlu. Tau2 esok pagi duk tye same sdri "afiq tido ngn ayah/ibu ek mlm td?" Huhu..Cuma bila time blk kg, afiq masih susah nk adjustkan diri waktu malam. Lain angin kot. Or penat travel.

Ibu dah declare diri ibu pills-free skang ni. Mmg niat mase mule2 mkn dlu xnk lebih dr 2 thn. Ibu dah stop hampir 5 bln dah tmsuk 3 bln mase di Us. Nak kate b'sedia nk dptkan adik utk afiq tak lah jgk. Masih ade kekangan2 yg masih dipertimbangkan. Tak nak pill, tp nak elak pregnancy jgk, at least lam mase 6 bln ni. (Mcm tak tele je ek. Hehe). So skang ibu cube elak dgn cara traditional plak. Nak ikut kiraan, mmg tak bole dipakai sbb ibu tak yakin, plus tak b'disiplin. Huhu.

Blk dr norfolk haitu, ibu ada bwk blk buah ni. Kat Mesia namenye nenas batu. Sbnrnye buah pokok pine jek. Kbtulan mase ibu kat sane tgh autumn. So byk la jatuh buah2 ni. Ibu amik la seketul wat blk. Kat mesia ni byk kat langkawi buah ni. Kat SOBB pulai perdana pon ade kedai b;asaskan buah pine ni. Byk khasiat utk kesihatan dalaman wanita, plus utk elak kehamilan jgk. Rendam jek lam air panas, minum 2-3 teguk stp ari. Ibu toraii aje. So far, masih suksess. Kalau lekat jgk kire rezeki lah. Kirenye mode ibu skang, kalau bole tanak lagi, tp kalau lekat pon trime. Ni kes lain kemahuan fikiran la nih! Haha..



House warming rumah baru afiq ape citer plak? Huhu. Sabar ye macik2, ayah and ibu afiq masih dalam proses, plus masih mcari2 tarikh yg sesuai. (Brp lame daaa). Kalau takde house warming pon, nati ibu afiq jemput makan2 mcm acik Nor buat haitu je la dulu. Makan2 kroni jek dlu ek. Tak pon, ibu afiq hostkan pot luck utk lebih kejam. Hehe..!

14.12.09

Afiq and Ibu reunite

Ayah dah pass baton balik kt ibu. Hari ni baru ade kesempatan nk updet blog agoogoo ni. Citer2 dah basi pon ek. Maaf ye kpd afiq's fan, ibu afiq ni kemalasan sket. :)



Mase ibu sampai kt epot itu hari, first impression afiq was malu-malu kucing. Sengeh2 tapi nak tak nak jek. Bile ibu pandang tmpt lain, ibu pasan Afiq duk telek muke ibu tak b'kelip. Ibu saje la tak tegur, bagi can kat Afiq scan muke ibu betol2. Bile ibu pandang jek, Afiq buat2 tgk kat tmpt lain. Control macho la konon.

Ibu rehat kt umah 1 week bfore masuk opis balik. 1 week tu jgk afiq duk ngn ibu kat umah, tak anta umah nenek. Nak bagi bonding ibu dan anak la kunun nye smbil2 merehatkn diri. First nite, afiq mamai2 t'jage. Bese napak muke ayah je sblum ni. Tgh2 mamai tu, agaknye afiq pasan ibu ade kat sblh, terus die bukak mate bulat2. Tkezut kot awek cun mane plak sblh bapak die ni. Heheh. Malam2 sterusnye ok la, kdg2 tidur kat dada ibu sapai naik se'eh.

Afiq xde la nak melekat kat ibu pon lepas ibu balik ni. Bole je main sdri klu ibu masak ke solat ke ape. Tapi once dah napak muke ayah, nak ngn ayah je la ape2 pon. Mandi, cuci temontot, seme nak ayah buatkan. Ibu la la la je. Heheh. Ayah naik atas pon kne naik senyap2, klu afiq pasan, die melalak. Tp bile ibu grab je, pastu divertkan sket, afiq ok la. Hangat2 taik ayam je afiqun ni.

Ayah kate lepas ibu balik ni, afiq dah start cranky in public. Menggelupur klu tak dpt ape yang die nak. Bfore this ok je klu ayah kate no and tarik tangan die ke tempat lain. Skang die dah tau die bole cube nasib ngn ibu plak kot. So why not mggelupur, kot2 ibu baik hati bagi muka. Huhu.

Afiq dah develop sifat kedekut. Barang die usah di usik, ditepis nye seme sape2 yg tlibat. X kire budak besar, budak kecik lagi la. Yang tak tahan tu, barang org pon die mcm tu. Very the adlan jgk la gayenye. M'geget je blom t'capai dek akalnye. Agaknye klu die tau kekdah mgeget, dibuatnye jgk tu. Huhu. Kdg2 dlm situasi yang tak patot2. Ade skali tu ayah cerite kat klinik pnawar, ade akuarium. Bese klu kami pegi sane, slalu tenggek kan afiq kat depan akua tu tgk ikan2. Yg hari tu, ade la sorang budak lain tgh ngadap akua tu. Afiq pasan ade budak lain tgh btenggek kat ctu, die dtg dari blkg, grab baju budak tu kuat2 sapai mnangis budak tu. Kesian kan budak yang tak b'salah tu. Tak pasal2 je..

Ibu tau ni salah satu transition phase, orang kate "bese la, budak2.." Tp tak bes jgk mcm tu, segan kt mak bapak budak lain kan. Mukin afiq develop sdri, or mukin jgk kesan die kene buli ngn spupu spapat die. Dari ctu die blaja balas dendam kat budak lain plak. In all cases, di buli or mbuli, ibu selalu bagi muka kat budak yang sorang lagi tu and marah afiq. Standard la ibu2 mcm tu kan, in hoping the other parent pon b'toleransi and no heart feeling klu anak die kene buli ngn afiq. Tp klu afiq yg kene buli, ibu arap die pon buat ape yg ibu buat. Ade ke parents yg menangkan anak die yg m'buli? Huhu..harus sengal mcm tu..

Stay tune for more stories. Cewah..

7.8.09

Dah kurus sket


Orang kate budak bile dah dapat kaki, badan mula nyusut. Mitos ke fakta? Heheh. Sbb anak jantan saya nampaknye dah mula hilang kantung2 pipinya. Huhu..mukin penangan pakej demam 3 in 1 haitu, atau mukin jgk sbb afiqun lebih suke concentrate main drpd makan. Dia dah start refuse nasik balik. Mama adlan, adlan dah gain appetite balik ker? Sila share kaedahnye klu dah bjaya ye. Afiq skang same la yg mcm mama adlan penah describe dlu. Masuk nasi lam mulut, pastu die buwek balik. Cume Afiq lebih hebat sket, kadang2 die buwekkan kat tangan die, pastu die masuk lam mulut blk, telan masuk perut! Tak lama jadi badang la dia..Huhuh..



Tapi as long berat afiq masih within range, ibu tak rase risau sgt lagi. Klu dah underweight tu, risau jgk. Nati orang tgk bapak budak semangatnye mcam dipam2, anak kurus keding jek. Aper hal? (Ayah, sila terasa ok, hehe). Tp klu underweight jgk, ibu dah tau dah nak bagi afiq minum susu ape. Kalu ibu rase kaya, ibu akan kasik afiq Gain*Plus IQ from Abbot. My aunty's son once penah doc categorized as underweight when he was 1 yr plus and oso very shy2 boy. Then his mom gave him this GainPlus la. Alhamdulillah he gain weight, dan skang tak tahan dengar mulut die plak tye itu ini, no more shy2 boy...My aunt claimed itu susu punye angkara. Heheh. Tp poket rabak aa..

Klu ibu rase kurang kaya, ibu akan kasik afiq Dutch*Lady 123. Yeaaa..Ni pon ibu ade testimoni. See boy in blue in the pic? That's 3 yr old boy who consume DL, versus 6 yr old boy (in red). Budak 3 thn, but have to wear 5-6 yr old size! This boy pon tak suke makan nasi, so his mom kesian plak nk tukar susu, takot anak die keding. Dah la tak makan kan! Huhu.. At first, mcm 50-50 jgk sebab susu ke budak ni jadik bagai dipam2..Baru2 ni adek die plak, 2 yr old girl, yang baru stop BF, mak die kasik susu same. Few months later, bile kitorang jpe balik, dah gelembung dah pipi2 nyer..Konfem lah sbb susu! Baru la mak die yakin nak tukar susu. Heheh. Tp xtau la kan, kut baka incik puzi ye jadi lagu nih!



Pesanan penaja:
Budak, mmg geram tgk klu tembam2 mase kecik..macam nak geget2 pipi rasenye. nak2 yang peha blipat2 tu. rase puas jek tgk. tp kalu dah 2 yrs ke atas, xde makne dah kiut2 tu..tu dah obes namenye..and parents should worry!

6.7.09

Saya baru dapat kaki


Saya baru dapat kaki..biarkan saya bebas ye ibu dan ayah..

Quick update:
1. Dah bole tido lame up to 3hours. Kepenatan kot.
2. Dah tak gemar tido buai. Sbb buai sempit, x bole golek2.
3. Nafsu makan b'tambah. Mebbi sbb makin byk bgerak, makin lapar.
4. Sembelit, sbb mcm2 masuk, plus kurang kunyah.

p/s: ibu bz okey, x sempat meraban. Point form jek yek. Lam kdn normal, bole jadi 4 entry tu. (Bz nyer lah, smpat wat collage tu..). Ade mase nati, ibu elaborate stiap point tu jadi 1 entry..hahaha..

26.6.09

Jalan, duduk, dan geget


Kaki sape itam mcm kaki anak org asli tu? Tu kaki anak encik ahsani ye. Haitu kami msuk kedai perabot yg b'carpet, igt nak msuk kejap jek, so tak pakai kan kasut encik agoogoo ni. Dh sapai dlm tu, die wat mcm rumah sdri sapai kami pon dah tak kosser. Biar jek die. Akibatnye abeh itam kaki. Mulenye ibu snap kaler, tp tak sapai hati tgk kehitamannye, so tukar itam puteh..huhu..

Gambar kaki tu benarnye nk citer afiq ni baru pandai b'jalan. Tak laju sgt la lagi. Lambat kan. Nak wat camne, t'kenan baka ibunye plak. 15 bln baru b'jalan. Anak branak berat montot+penakot. Kesahnye si afiqun ni b'motivasi nak b'jalan lepas lawatan mengejut mat delan dan mamanye. Agaknye afiq ni geram kot nape si adlan ni cepat sgt kutip bola, tibe2 jek die pon bgun dan bgerak setapak, 2 tapak, 3 tapak..sblum tu mmg afiq ni xde nk b'tapak lsg. Takat bangun n static gtu je ade la. Die nk motivasi dr teman sebaya rupenye.

Esok2 dan selepasnye tu, baru lah die rajin nk bgun and b'jalan sapai la ke hari ni. Tp still merangkak bile die meraung nk ikut ibu or ayahnye. Sbb mrangkak lg cepat sapai. Huhu.. Lagi 2 3 minggu bole la kot jalan tuh.


since bulan lepas jgk, kami start ajar afiq duk seat blkg. sblum ni seat die kt depan. bile ayah yg drive, ibu jadi mem besar kt blkg. tp pagi2 slalu panas dr depan, bile ditutup2 ngn shade, die marah plak. so ayah tukarkn kt blkg. mule2 cuak jgk sbb mse duk kt depan, die tak reti nk duk diam. tp alhamdulillah bile duk blkg ni, reti plak die duk diam. kdg2 tu over diam sapai tak bunyi lasung. huhu. die tekun duk observe surround.

skang ni afiq la plak yg jd tuan besar. kdg2 tu ayah and ibu syok sgt borak kt depan sapai tak sedar pon afiq t'tidor sdri kt blkg. huhu. gambar ni salah satu contohnye la. hik. senang sket la afiq dah bole duk sdri. kalau tak, remuk gak la tulang2 peha ibu ni kene pijak ngn afiq. tp kalau jalan jauh afiq tak brp nak sgt duduk. separuh mase p'tama je bole. agaknye sakit badan +bosan kot.



Encik afiqun skang ni tengah mengalami proses p'tumbuhan gigi secara melampau. Last time afiq demam sbb tumbuh gigi taring atas dan bwh 4 ketul skali gus. Demam pon kaw2 pye time tu. Blom sempat gigi tu kuar secara sempurna lagi, yg lain plak kuar. Satu demi satu. Skang ni masih ade yg nk memunculkan diri. 2 3 ari lepas, ibu masuk kan jari lam mulut afiq, rase2 gusi die and kira2, ade lam 16 btg giginye..dan aktvt baru afiq lepas kne tinggal ngn ibu 3 hari adalah golek2 atas badan ibu dan gegett perut ibu. sekali dua mcm cute ok jerit2 manja ngn anak, masuk 3 kali aku jerkah and kasik sebijik kt montot! hamikk nak...!

Sekian utk hari ni.

14.4.09

Emosi si kecik


Sesetengah budak takot ngn bear. Mukin rupe bear tu yang menakutkan bagi mereka kot. Ade budak yang takot ngn topeng. Mereka menangis atau pegang ibu bapa mereka kuat2 utk expresskan emosi takot mereka. Muhd afiq belom ade objek yang menakotkan die so far. Muhd Afiq main ngn seme bende, tmasuk periuk belanga ibu. Kalau kt dapor dgn die, ertinye 2 kali mengemas la. Kemaskan sisa2 masak, lepas tu kemaskan periuk belanga yang jadik mainan die. Eh, bukan cerite periuk belanga tu yang ibu nak cerita sebenarnye. Tersasar plak. Itu lah, ibu ni kalau dah ketuk keybod, byk plak konar nyer.



Ok, back to emosi. Muhd afiq ade soft side nye jugak. Anak jantan pon kene ade soft side ek. Muhd afiq suke tgk video die sndiri dlm handphone ibu or ayah. Itu jadi tools utk divertkan mood die klu die tgh nangis ke ape. Dlm banyak2 video, ade satu video muhd afiq mase kecik2 dlu, time die baru belajar nk mniarap. Lam video tu, muhd afiq mnangis2 sambil cube nk mniarap. Menangis sbb x dpt meniarap. Backgroundnye sore latar ibu dan ayah bg sokongan moral. Baru2 ni ibu ayah cube ulang tayang video tu kt afiq. Surprisingly, muhd afiq mnangis tgk diri die mnangis lam video tu. Kembang kempis hidung, dah terus uwaaa lepas tu..Sedey kot. Esok2 nye, ibu cube bg tgk lagi the same video. Kembang kempis lagi. Ayah kate dah la tunjuk. Kesian die asek sedey je. Tp bile prasaan nk mbuli anak dtg balik, ayah pon tunjuk jgk video tu. Hmmphh..

Muhd afiq juga sayang ibu! Bile ibu kene buli ngn ayah, ibu jerit2 mintak tolong,
"afiqq..tolon ibu.., tolongg..."
Dan lepas tu, muhd afiq akan menangis dan meluru ke arah ibu. Kadang2 sapai teresak-esak. Muhd afiq menentang p'deraan rumahtangga ye! Heheh..Kadang2, ibu saje tutup muke ngn bantal dan jerit mintak tolon. Muhd afiq cepat2 akan berusaha tarik bantal nk selamatkan ibu.

Level emosi budak kecik ni makin meningkat. Bukan menangis sebab lapar or sakit sahaja. He's gaining something day after day..

8.4.09

Progress


Afiq skang sedang berlatih menguatkan otot2 kaki dan juga mengawal keseimbangan. tgk lah gaye die lam kereta, mcm budak yg dh reti bjalan. klu tgk full picture, ibu tgh duk pegang baju afiq kt blkg tu sbnrnye..risau jgk, kang t'tonggeng dibuatnye. klu pegang badan, die marah, mjerit2..khusyuk teman ayah bwk kete sambil tgk kereta2 kt depan..ibu jgk yg penat tbongkok kt blkg..sbb tu pantang afiq tido je, ibu pon pakse diri tido same..ehehe...


klu kt umah plak, port die kt grill la..selain rak tv and sofa. sian plak budak bandar ek, mcm lam pnjara plak. uuhuk..kdg2 xde sape pon kt luar, tp afiq gemor jgk b'tenggek kat ctu. klu dlu ibu slalu duk dekat ngn afiq, takot die jatuh. skang ni ibu jeling2 je sbb afiq dah reti landing ngn baik. tp kdg2 tsasar jgk..buat2 x nampak je la. klu die mraung br pegi dekat..


status afiq skang masih anti-buai. agaknye lam buai, die xleh nk menonggeng mcm lam gambo kt atas ni..dats y la kot die xmo duk buai..most of the time, gini la gaye tido afiq x kire malam ke siang. malam2 slalu je bocor kt depan, xtau nk pakai diaper ape dah. tpakse la jgk tukar tgh2 mlm. kdg2 sapai 2 kali tukar..sape2 rajin tulon la reka diaper utk posisi tido spt di atas ye..huhu..ayah kate lapik plastik je la kt tilam afiq. eekkeke...

21.3.09

I'm a big boy


I'm a big boy now. I can shout too...

13.3.09

afiq oh afiq!


(Mr barney yg abg adam bg dlu. afiq suke geget mulut die..dah xde bunyi dah abg adam barney tu...huhu)

Afiq dah nak masuk 1 thn mggu depan. Umor b'tambah, pe'el die pon makin b'tambah. Kadang2 kne pukul ngn ayah. Ayah pukul tangan afiq sbb afiq suke tarik strap pampers die. Especially klu die pakai Mam*poko or Huggi*s. Klu drype*s or P*t2, die tarik jgk, tp x dpt sbb yg tu pakai pelekat, susah sket nk tanggal. Berapa byk pampers afiq pakai ni? Haha..sbnrnye afiq pakai ape2 yg ade promotion. Ayah ibu afiq slalu alert ngn flyers2 yg msuk peti box umah kami. Skali ade less, ayh ibu akan pi serbu, borong penuh 1 troli, wat stok. Yg tetap nye malam je, afiq pakai Mam*Poko, sbb tu brand yg plg handal mnampung sisa p'kumuhan afiq. Tp tu pon ibu kne tukar jgk seawal kol 4-5 pg. Klu x sure bocor sbb afiq suke tido mniarap. Ayah kate, klu camtu gayenye, belilah brand sehandal mane pon, tetap bocor jgk. Nk wat cmne, afiq suke tido camtu ayah. afiq rse comfort kot eh.

Skang ni afiq mule tjukkan pe'el baru yg ibu x brp gemor. Afiq suke baling botol die lepas abeh minum susu/air masak. Ibu ayah besenye biar je afiq minum sdri, tgk2 nati tibe2 je piiiuunggg botol mlayang. (ade ke bunyi. huhu). Klu kbtulan duk dekat ngn die, mmg botol tu cium kepala or pipi kite la..ishh geram btol afiq ni. X sopan tau afiq camtu. Ibu ayah dalam usaha mngikis tabiat x elok afiq tu. Segan la klu kt umah org ek. Silap2 mkn pipi ank tuan umah ke, malunye kan..ish2 x bole jd. kne train die dr skang ni.

ayah ibu igtkn afiq mmg nk skip mrangkak. rupenye 2 3 ari lepas afiq mrangkak jgk. tp kt tempat2 yg xde tempat b'paut je la. klu x, die lebih rela b'paut kt kusi ke, meja ke..dah sthn br mrangkak ke afiq? huhuhu..btw beday afiq ari rabu nxt wk tau. acik2 kt luar sane bole la start wat delivery k. :) ape plan ayh ibu utk afiq ni??

2.3.09

Afiq : update

Cuaca skang x menentu. Pagi-tghr panas terik, bile ptg hujan mderu-deru. Kesian agoogoo, tkena kesannye. Idung asek meleleh je. Sian anak ibu. Tp so far ibu lom bwk gi klinik lg. Die masih riang ria, cume mlm kdg2 die x selesa bile idung tsumbat. Ibu sapu kunyit kt hidung, (abeh kuning bantal, uhuhu). Itu petua org tua, klu anak2 sesema, tumbuk kunyit hidup, sapu kt hidung. Bole mlegakan hidung tsumbat. Tp klu dah tua bangka, mukin x brp mujarab. senang gi klinik je amik ubat. :)

agoogoo skang dah start kumpul vocab. tp bhs urdu kot. huhu..sebut ibu ayah lambat lg la nk dpt tu. duk asek ga-ga je. klu msuk buai pon, die buat lagu aa-aaa-aaa. sapai ibu ayah pon tpaksa duk aa-aa jgk nk ulit die. klu dlu selawat, skang dah x jln. die nk aaa-aaa tu jgk.

mlm2 jenuh ayahnye duk ajar aaa-yaaahh. Bajet afiq nk sebut die dlu la tu..:P tp klu ikut manual, pkembangn budak tu start ngn suku kata aa-aa dlu. so mebi a-yah la dlu kot yg die bole sebut. mlainkan ibu wat training ala gerila kt afiq ajar sebut i-bu. hahaha..tp kdg2 bile napak ibu, ade gak afiq sebut buu-buu. tp x la clear btol la. mebbi kbtulan, ato mmg die dah dpt tangkap.

klu tgh main, afiq akan stop bile tv siarkan salah satu dari ni:
1. azan,
2. iklan astro ceria,
3. iklan raja lawak and
4. tv3 pye lagu naa-naa-naa tu..

sejuk hati bile anak ibu suke dgr azan. heheh. arap2 besar nati rajin la ke surau. klu bole, jd tukang azan skali. astro ceria tu die suke tgk kaler yg ang-ang, mnarik kot pd die. pd ibu, wat sakit mata je tgk. raja lawak tu ntah nape ntah die suke. pdhal iklan tu duk sebut 'taip lawak, antar ke blabla.." mcm xde ape yg spesel pon. iklan tv3 tu die suke dgr lagu la kot. rsenye rata2 budak suke la lagu tv3 ni ek. klu budak dah bsr sket, siap ade yg joget2 lg ek..

till then, na-na-na-naaa...


(Afiq mase 10 months - tgk azan kt tv)

19.2.09

Menu changed.


(agoogoo peyot moncitt)

sejak diserang cirit hari tu, afiq started to refuse porridge. and ibu kene cari muslihat lain nk bg afiq makan. nenek kate cube try sup2. so the next day, i made porridge with soup. nak sgt ek sup..luckily air tangan ibu ni mbuahkan hasil. wallaa, walopon sgt x sedap ibu rase, hahaha. ibu tumbuk ikan bilis kasik hancur buh lam sup, buat2 rencah. tp still to selera org dewasa mmg out la, tawaq hebiaq! mlengkapkn zat, ibu taruk la cauliflower, carrot and potato, ngn daun sup kasik wangi2 sket.

ibu follow up ngn nenek, nenek kate afiq makan! rse sgt lega kan bile tau ank kite makan lps bbrp hari reject food, and sgt x keruan bile tgk ank xnk makan. takot die lapaq! the next day lg, ibu bekalkan bihun sup plak. ehek. bihun sup tuuu, taruk ayam sket kasik hancur2. en ahsani mule2 cam cuak je, "bole ke bihun ni.." hehhee..bole la..hancur2kn bihun kasik pendek2..for dinner, ibu panaskn lebihan sup pagi, hancur2kan roti mkn ngn sup..blasahh je la labuu...

si kecik ni start pandai demand sup2 plak. well, even kite pon reti bosan, same apply to kid la ek. ape la plak menu nak buat pasni. mac soup mebbi? bole bikin garu kepala jgk ek. sibaik la menu si ayah sangat senang. goreng ikan ngn sayur pon on je. yang penting cili api mesti sepohon. uhuukkk..