2.6.10

Journey 20/40: Mind Therapy

Tahun ni ramai kawan-kawan ibu yang tengah preggy. Mostly masih di awal trimester. Kat fesbuk ade la cerita-cerita kemabukan ibu-ibu mengandung ni. Takleh makan, takleh masak, takleh bau bawang, and etc. Typical penyakit yang bese kite dengar dari zaman dulu-dulu lagi. Yang beruntung dapatlah rasa semua, dapat rasa lama-lama plak tu, yang kurang beruntung dapat rase sikit-sikit je. Heheh.

Time preggy ini, ibu didik hati utk lawan rasa-rasa negatif dalam diri. (mim alip las terutamanya). Ibu ingatkan diri akan janji-janji Allah pada wanita hamil. Kadang2 dapat la di lawan, ada kalanya rebah di sofa jugak. Heheh. Pada kawan2 yang sampai menangis2 takleh makan tu, bykkan bersabar. Kuatkan diri dan minda! (ceh, tak mabuk, aci la cakap ye dak? :) Hihi..

Renung-renungkan. Rasenya dah pernah publish, tapi malas nk godek. Ibu kongsikan lagi sekali.

  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 
1 urat, 1 pahala haji. Kita bersalin berapa banyak urat yg sakit dan putus. Subhanallah.

Ibu memang ade excuse 'pregnant' untuk tak buat certain things di rumah. Ayah afiqun pon bukanlah kategori lelaki sejati. Dlm kepasrahan pon still dia buat. Heheh. Tp ibu kadang2 t'pikir, "aku mmg boleh guna xcuse preggy, tapi klu aku buat, b'lebih2 yang akan aku dapat". Tp kadang2 bertarik tolak jgk especially hal2 melibatkan Afiqun. Mandi la, berak la, susu la. Time tu mula la keluar dari mulut ibu "Ibu kannn mengandungggg..." Hahaha.

Dlm duk perang ngn kemalasan tu, ibu rase berperang ngn mood swing lagi hebat dugaannya. Huhu. Kesian ayah Afiqun have to deal with it, tapi rasanya skang ni dah makin kurang berbanding dulu-dulu. :)

Ibu berdoa agar ibu lebih bijak mendidik hati ni, supaya setiap yang ibu buat tu dapat dilakukan dengan ikhlas. Dan ibu doakan jugak pada kawan-kawan yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata, yang nak menambah tapi bertahun-tahun tak dapat, semoga terus berusaha meminta padaNya. Yang pantang tabur je jadi tu, bersyukurlah dengan kurniaanNya. Kita tak tahu rezki kita setakat mana. 1 ke, 2 ke, 12 ke...

2 comments:

EdaManAli said...

bile bace entry ni rase nk pregnen lg, tp bile mengenangkn memori b'salinkn aisyah...uhhhuuuu...nanti lah dulu!

Agoogoo said...

mmg..bila bace tulisan2 org, rase nk pregnent tu mai, sbb nak kejar ganjaran2 Allah janjikan..take ur time ye edama.
Allah jadikan fitrah kita ni gitu, sakit2 pon, bkn stakat sakit2 bese, sakit kedua slps mati ni..tp sapai masanya kita rasa nk branak lagi..