Showing posts with label Pe'el. Show all posts
Showing posts with label Pe'el. Show all posts

6.4.11

Afiq's first tantrum

Bila bercakap hal anak2 dgn femili dan kawan2, seringkali yang keluar adalah perihal anak mengamuk nak kan mainan, barang kt shopping complex, pasar malam or even kedai runcit. Meraung, tergolek, menggelupur and macam2 hal lagi. When it comes to afiq, alhamdullilah, sentiasa berjaya dipujuk, di divert, digula-gulakan. Kadang, kt jusco, kami bagi dia main kt playzone tu skjp, then bila ajak balik, besenye dia menurut. Asalkan dapat main konsep nya.

Tapi hari tu, kejadian pertama, afiq went crazy over thomas train. 

Kt jusco tmn u, sblum balik, ibu and ayah let afiq play mainan yang masuk token tu. Besenye afiq takde masalah nak balik. Dpt naik 2,3 mainan, xyh token pon xpe. Dapat pulas2 stereng pon jadik. Tp hari tu, ibu belikan token jgk skeping, let afiq naik moto. Tapi afiq dah tak berapa excited dah ngn mainan budak2 kecik ni. Klu dlu, excited je pulas2 stereng, buat2 lap sket..skrg dah besar agaknye. Die duduk je sampai abeh 2,3 minit..Pastu dia pi naik kuda, and lori without the token. 

Suddenly toys yg banyak2 kt apek yg own the playstation tu caught afiq's eyes. Byk menan bergantungan kt ctu. Afiq tilik2, pusing2. Nampak thomas train. Boleh gerak2, ade lampu2. Member dah teruja. Kipas mati thomas kate kan. Afiq nak. Ibu dolak dalik ngn afiq. Tp apek cine tu main testing2 la plak. Haisshhh. Tye harga RM19. Ibu say NO, pergi dapatkan ayah dan adek, ajak balik. Afiq masih lagi meleseh2.

Ibu bitau afiq nak thomas. Ayah cakap jangan layan. Ayah bangun, gegas2 ajak balik. Afiq refuse, tapi masih lagi ikut up to kedai magazine tu. Bila nampak ibu ngn ayah memang betol2 nk keluar, afiq stop kat ctu sambil nangis2. Ayah cakap biarkan, keluar aje. Few seconds we all duk tercongok kt luar tu, expected afiq akan come to us. 

Tapi haisshhh, to our surprise, afiq went back to the apek toys tu, dia ambik with his own hand thomas train tu. (Kt atas meja je depan apek). Pastu die pegang je, apek cine tu dah cuak. Tgk macam tu, jin lam badan ayah terus terjaga la. Ayah passed adik to ibu, masuk dalam balik. Ayah amik thomas, letak balik kat meja apek tu, and pimpin afiq keluar. Of cos la afiq refuse, dia start menggelupur, burst out the tantrum. His first tantrum. Out of control, ayah kendong je, angkut bawak keluar. I wish i can record the moment, tapi tgh pegang adek la plak..Segan jgk ramai yg tengok. Tp most expression yg ibu tengok, org sengeh2 je..pemandangan biasa kat ctu kot..

Ibu tgh pegang adek, plus parking ticket pon belum bayar. Afiq menggelupur, so ayah pegi letakkan afiq lam kete dlu, and came to ibu balik sbb ticket dgn ayah. So afiq sorang2 lam kete meraung. Mase ibu walked to the car, ade couple yang baru park the car, and bjalan nak masuk ke jusco. Ibu prasan diorang tgk2 afiq lam kete tu and bercakap sesama derang. Mesti diorang cakap "kejam nye parents budak ni tinggal anak lam kete". Huhuhu. Ibu bukak je pintu kete, ibu prasan diorang toleh balik. Huhu. "Oooo, ni ke mak nya". Huhu..

Lam kete, afiq teresak-esak sampai tertidor. Ibu ngan ayah duk rewind balik the unexpected behavior of Afiq tu.  It's normal for kids to go crazy over toys, but it's not normal to afiq to refuse over our kata-kata. Ibu's conclusion: Afiq dah grow up, akal dan makin panjang, gula-gula ibu dan hilang manisnya.

Few days later, ibu duk muhasabah lagi. Ibu tenung2 balik, semenjak dua menjak ni, afiq senang dapat apa yang dia nak. Pegi kedai, nak lolipop, ayah beli lolipop. Kat petronas, nak car, dapat car. Dalam seminggu ni afiq asyik dapat je. Tu yang agaknya dia dah lupa rules of the game.

It's not the price of the toys, it's more to how to win over his father's heart. Tak susah nak bagi hati ayah cair, tapi kalau mengamuk macam tu, memang konfem tak dapat. Ibu duk perati, klu hari ni, bila ayah cakap toys ni tak best, and afiq agree "oo ni tak bes, xyah beli", and kt rumah afiq banyak obey to his father, later on next visit, mesti ayah let afiq choose something. Tapi budak, mane tau main permainan2 psikologi ni. Dia just try and error. 

So ayah, thomas train ni camna? 
Ibu dah canang2, klu afiq selalu kencing kat bilik air, nanti ayah beli thomas. 
Do something to get something. Aci la kan...:)

p/s: Ibu pon ade wishlist kat callipers tu. So, i need something to do. Name it. Hakhak...

Yg kecit ni nanti xtau la plak camne peel nye..

30.12.10

Akal Baru Adik

Ibu ayah skang ni duk panggil anak2 ngn nama "abang" or "adik" je. Huhuhu. Bagi name comey2 bila nak pakai? Sampaikan afiq skang pon dah bahasakan diri dia abang bila bcakap ngn ibu or ayah. And kadang2 bila ibu panggil ayah, afiq plak yg menyahut sbb igtkan panggil dia "abang". Huhuhu..


Since weekend lepas, Huda Humaira dah dapat akal baru iaitu meniarap dalam buaian. Exactly sama mcm si abangnya dlu. Like bro like sis la ni. Meniarap kt tilam tak boleh lagi, tapi lam buai ada hati nak meniarap. Mcm cacing kepanasan jgk la bila telentang, tangan duk sapu2 muka gelisah tak pasal2, bila dapat pusing badan ke bawah, baru tenang tido. Hidung dah la kemek, tido camtu lagi la kemek mek huda oii..Ibu plak yg jadi keje stiap 5 minit asek duk gi jenguk je sbb takot t'tutup hidung. Igt zaman2 afiq tido buai dulu, bangun tido je mesti berbirat muka ikut pattern net buai tu. Huhuhuh.


"Saya lah budak yang meniarap itu!" 
(ibu suke benor pakaikan saya ngn baju org tua ni) 

hahaha..

Afiq dulu-dulu. Dan masih lagi menonggek skarang!


20.12.10

Afiq Yang Jeles

Afiq memang tak pernah heran dengan kewujudan adiknya. Ade la skali skala dia akan usap rambut adik, and cakap "sian adik...". Tak tau la apa yang dikasihankan.

Tapi tu dulu. Skang afiq dah mula rasa jeles sikit2. But not to the extent dia akan ngamuk2 ke apa.

Bila adik kat pangku ayah, Afiq cakap "Afiq ullakkk.." (Afiq pulak).

Bila ibu dukung adik kat umah BS, afiq pun nk bdukung. Mane larat ibu nk dukung budak besar panjang tu. Mangsanya nenek la yg kene dukung. Huhu..

Bila Afiq baring minum susu, and nampak ibu or ayah duk entertain or buai adik, Afiq akan ajak "mai ini..". (Ajak duduk sebelah dia).

Kadang2 bila seharian so occupied ngn Humaira, and suddenly bila Afiq cakap one of dialog kat atas, rase sayu je di hati. Rasa mcm kesian pulak anak aku sorang ni. Terasa kah dia terpinggir?

Adik dipedajal ngn headband ibu..huhu..

17.12.10

Pembersih, pengemas?

One of kawan ibu posted at her wall mentioning how pembersih her newborn baby, ade setitik dua 'air kench' kat diaper pon dah melalak sakan. It reminds me of Afiqun. Tapi Afiqun bkn pembersih bab2 diaper, tapi perkara2 lain. As ibu's fren called her daughter "pembersih tahap gaban", ibu claim Afiq "pembersih tahap dewa". Kdg2 boleh bikin hati panas dgn ke-ridiculousan nya. (menangis la Ku Aziz tgk kehancuran bahasa di sini. heheh).

Antara dalil2 yg menyokong hujah ibu adalah:

1. Bila Afiq eat with his hand, after 2,3 suap dia akan menggelupur menjerit kotor-kotor, wash hands..Padahal tu tangan yang dia guna utk makan. (How ridic it is). Of cos la comot ngn nasi bagai. Kdg2 naik hantu jgk bila kene wash hands dia 2,3 kali for each session makan. Tu tak termasuk lagi menggelupur bila nasi2 jatuh kat suar. Tu yang kadang2 bila Afiq kata dah je, ibu terus wash hands Afiq and suh pi depan. Malas nak pujuk lagi suh makan. Huhuhu..Ibu lebih rela melayan karenah Afiq makan dulu, when he's done, baru ibu makan nasi plak. Klu tak, tak aman hoke!

2. Tau tak kuih gulung? (Ketayap kot nama lain nya). Kuih biasa la kan, bkn licin elok pon p'mukaanya. Kesahnya ada la setitik dua "dot hitam" kat kuih tu, Afiqun tilik and terus tak nak sbb dia cakap kotor. Selagi tak dibuang "kotor" tu jgn harap la dia nak makan.

3. Slipper kalu ada pasir, lebih2 lagi klu basah, komfem Afiq xnak pakai. Tp klu slipper toilet dia, tau plak dia pakai even basah pon!

4. Bila pakai kasut, and jalan kat rumput yg basah, standard la hujung kasut tu akan nampak basah sket. Menggelupur la suh bersihkan (Camna nak keringkan dan-dan tu jgk? Tensen bila ini berlaku).

5. Time Afiq malas nak makan or malas nk mnyuap sediri, dia akan buat alasan "kotor anti..ibu uap" (refer to his hands, nanti kotor, so ibu suapkan).

6. Akan jalan berjengket bila dia rasa lantai berdebu or simen basah. Selalunya kat kampong la. Berjengket kat bilik air. Mebbi sbb rasa basah, xde slipper for him. Stakat ni Afiq belum sound kotor, cuma dia berjengket je la. Segan jgk kalu kat rumah orang Afiq sound "kotor...". Mau ibu tebal muka..

7. Kalau dipakaikan long trouser, mesti tak boleh lipat or singsing ke atas. Either jgn disingsing or pakaikan suar pendek terus! Yang lagi ridic, Afiq tak boleh tgk ibu or ayah singsing suar jgk. Selalunya kalau hujan time nak pick up Afiq kat umah his bs, biasanya ayah akan singsing suar sket, standard lah, hujan kan. Bila masuk kete balik, Afiq akan make sure ayah turunkan balik kaki suar tu. (kaki ayah kat clutch/minyak tu pon dia boleh perati). Tapi klu ayah/ibu pakai quarter short kat rumah xde hal plak. Sbb Afiq dah tau suar tu mmg kekdahnya pendek, bkn dibuat2 pendek. Huhu..)

8. Most of the time, Afiq tak boleh tgk kalau ayah drpd pakai baju, ayah bukak baju. (sbb kepanasan or watever reason). Afiq mggelupur suruh ayah pakai balik. Tp klu from the beginning ayah tak pakai baju takpe plak. (Kdg2 terpikir, ape la yang budak ni pikir...the rationale behind it..huhu..)

Tak tau la drpd mana Afiq mewarisi genetik over pembersih (or fussy term lain nya). Mak pak nya takde plak pengemas mcm tu. Tp haitu masa borak ngn FIL, dia kata ayah masa kecik macam tu! Here comes the genetic! Tp bila tua ni takde la hover mcm tu sgt, skali skala je bila angin tu datang..

Inilah budak yang pembersih ittew..

9.12.10

Bila dah 2 anak

Dah ada 2 anak yg masih kecik ni huru hara jgk hidup. Eheks..

Hari tu kami pi berjalan umah kawan. Aunty Azian yg duk kat Bkt Kuang, dekat je ngan Mak Cili, tak sampai 15 minit pon dari rumah tok. Si abang masuk kete je trus zZzzz, gara-gara tak tido satu hari. Si adik plak, ibu angkat dari tido yg lena.

Sampai umah aunty azian, ayah landingkan si abang kat sofa. Si adik plak cranky sebab nak tido lagi, tapi tak selesa. Ibu kanggaroo kan kat dada pon adik masih tak selesa. Sampai masuk guest room jgk la kat umah aunty tu, tapi adik tak tido jgk, tapi agak tenang la lepas dah kenyang.

Lam pada tenang2 ayam tu, adik melepas plak. Ibu baru je merasa kepok lekor sbatang. Aduyaii, lemah betol ibu kat rumah orang ni. Tapi terpaksa la tukar jgk sebelum adik cranky sebab tak selesa montot plak. Sibaik ada spare diapers lam rumah bergerak kami tu (read: kereta).

Lam 4,5 minit duk borak2 tu, anak aunty zian main2 kat sofa dan terjatuh kat si abang afiq plak. Terjaga la plak budak tu. Afiq ni pantang dia adalah tido petang. Klu tido petang, sure bangun mengamuk tak tentu fasal. Tambah plak "dikejutkan" macam tu, lagi la cranky tak dapat dipujuk. Nak melengkor je kat bahu ayah. Klu melengkor je takpe la jgk, ini menangis tak fasal2 plak. Nak borak pon tak boleh duk dengar sore dia je.

Last2, ibu mintak diri je la, sgt tak selesa dan segan ngan tuan rumah. Plus, hari pon dah nak magrib masa tu. Tak elok on the road ngn budak kecit magrib2 kan. Lam kete baru ibu sedar, ibu tak sempat minum air pon tadi. Kepok lekor je sebatang sempat jamah. Sibuk duk layan pe'el anak2..Huhuu...

Tu la dia kekangan2 ngan anak kecik ni. Nak calling2 aunty mimi and uncle macca kat rompin mase on the way balik pon terbantut, bila mikir kan anak2 duk lena tido, klu dikacau tido, takot wat prangai kt rumah orang plak. Huhuhu..

Masa benti makan kat leban condong, macik tuan kedai tu amik adik smntara ibu makan. Dia boleh tanya, laki ke ppuan ni? Alahai macik, saya pakaikan anak saya baju bunga2 camni pon macik tye laki ke ppuan..Huhu..cepat tumbuh rambut dik!

3.9.10

Afiq Ada Rase Ke?

Ingat tak ayat fevret Hj Hana*fiah yang ajar Differential Stat dulu? "Ada rasa?". Huhu.. Entry ni takde kaitan pon ngan dia sbnrnye. Saje iklan je. Haha.

Nak story mory pasal Afiq ni sebenarnya. Semakin ibu makin hampir ngan tempoh nak bersalin, Afiq makin 'berangin'. Mase awal2 peknen dulu camni jugak, skang dah nak last2 datang balik angin dia. Nenek bs kata dia dapat rasa tu, banyakkan sabar je la..(Napak mcm ibu mengeluh ke kat dia sapai dia nasihat camtu? Huhu..)

Skang ni pagi-pagi bila sampai umah bs, Afiq mesti duk keras kat seat taknak turun. Dulu klu cakap nenek pasang Mickey or Oso mesti meloncat terus nak turun. Skang modal tu dah tak laku. Afiq buat keras ctu jek. Tanak pakai sliper. Kene elok, dia duk tcongok kat arm rest tu. Bila dah tak makan pujuk, mula la ibu plak yang berangin, mula la nk tinggi2kan sore. Bila dah lame tak kuar2, nenek pon tpaksa masuk campor. Mggu ni tiap2 hari nenek yang datang jemput Afiq kat kereta. Tapi kene bdukung la. Masuk lam umah elok je dia terkinja-kinja. Haishhh, sabar je la..

Bila time nak balik, dia buat perangai taknak balik pulak. Nenek jgk yang kene dukung ke kereta. Dalam kereta muncung je la, diam keras je kat seat. Macam nak protes kat ibu la tu konon. Ibu tau Afiq nak suruh ibu dukung macam ayah buat, macam nenek buat..tapi ibu duk cakap kat Afiq, ibu dah tak larat nak dukung, tak boleh nak dukung dah, dia takleh terima kot..

Sapai kat umah pon sama, Afiq taknak turun kete plak. Kalu ayah dah sampai, ibu pass kat ayah la setelkan Afiq. Klu ayah belum sampai, ibu pujuk tak makan, mmg ibu biar je kat ctu, ibu masuk lam rumah. Lame2 dengar la Afiq menangis. Bila ibu pergi, baru la Afiq nak turun. Kalu ibu cakap elok2, Afiq buat dek jek. Budak ni macam saja nak tarik perhatian, nak kene marah, nak kene pukul2, baru dia rasa kita pay attention kat dia..

Bila nak suh mandi or tukar diaper pon sama. Berchenta ok. Ade je alasannya. Nk tgk tv la, nak yak la..or he just simply cakap "an-nak..". Tapi Afiq takot bila ayah jentik peha. Tapi kalau ayah cakap je nanti ayah jentik kang, dia memang tak bergerak jgk. Nak kene ayah tinggi suara, and jentik betul. Baru lah Afiq cakap "akitt.." dan kadang2 menangis kesakitan, and baru lah bangun amik towel and pegi bilik air. Pelik kan budak2 ni, dia nak dapat sakit dulu baru nak ikut. Cara macam tu baru dia rasa dia diberi perhatian ke? Huhu..lepas dah mandi seme, ok je dia ber-la-la..sebelum tu punye la muncung, moody, mengamuk tak hengat..ibu ngn ayah hanya mampu geleng pale je..ayah kate ikut prangai ibu, watever..:P

Setiap kali kene jentik, ayah explain balik nape dia kene jentik, ayah bukan suka nak jentik and etc tapi benda tu belum melekat lagi dalam kepala Afiq. Afiq belum proses mende tu as denda, yang dia tau tu cara dia dapat perhatian. He plays the hard and painful way to get an attention..

Nenek cakap rasenya sebab nak dapat adik ni kot. Pasni takde la kot dia buat perangai..hopefully mcm tu la..

**mukin ibu kene bercakap ngan roh Afiq lagi ni. huhu..

23.8.10

Afiq di bulan puasa

Afiq in CD. Auwwww....   

Di bulan puasa ni, ibu kembali kepada rutin menyediakan bekal untuk Afiq. Mane ada orang jual pagi-pagi kan. Tak kan hari2 nak beli sarap kat McD kot..lingkup le itu macam. Rase mcm segan plak nak suh bs prepare food utk Afiq sorang. Kalu ade budak lain ok la jgk kan. Ni nak prepare cenonet je rase tak patot plak. Klu tak posa xpe la, ape yang dia makan, itu lah yang Afiq makan. So bulan posa ni, nak tak nak, ibu kene prepare la utk Afiq.

Di bulan posa ni jgk lah, Afiq makin susah nak makan. Time ibu ayah bukak posa memang boleh makan ngn tenang, Afiq memang tak menyibuk lasung kat dapur sebab dia tak minat nak makan. Afiq lebih suka main ngan lori moto dia kat depan or tengok katun kat tv. Lepas dah solat seme baru ibu suapkan. Itu pun kalu Afiq berminat. Klu tak, xde la jawabnye. Makan lah kepek-kepek or pape jajan yang ringan2 yang ade. Selebihnya bergantung kat susu jek la..

Bila anak tak makan ni, kita parents jadi susah hati. Tapi xde la susah hati sapai tak tido malam pikir. Ekekeke..Kalu time amik afiq petang, tgk bekas kosong je rase lega je hati, dan rase berbaloi masak pagi2..huhue..tapi kalu bersisa tu, adeh, kuciwa rasenye..pastu petang kene berdoa supaya Afiq nak makan dinner..kalu dia tak nak jugak, mula la lam pale ni duk bckp-ckp sdri.."dah la tak makan siang, malam pon xnk makan..ape la kau nak makan ni fiq..".

Kadang2 terfikir nak beli mould nak bagi food napak menarik. Hover tak? Tapi kalu ada, rajin ke ibu nak buat semua tu..huheuheue..tu 14 juta kali kene fikir balik tu..:D

25.6.10

Anak Bapak


Afiq, bila kena marah ngn ibu, jarang menangis, tapi mesti pegi cari ayah dgn kembang kempisnya..
 Mintak simpati la tu konon..sampai berkaca2 mata..


Tapi biasanya tak lame. Lepas ayah dah tap sket his back, told him apa salah dia, and in a second he's good to go..name pon anak bapak, pe'el pon mcm bapak, hangat2 taik ayam jek..:) Klu ikut pe'el ibu, 2 hari lah hidup dalam library bile merajuk. huahuahua..

Note: gambar kt atas mase kene marah sbb berebut camera ngn ibu.