Afiq dah kembali ke imej Mawi. Setiap kali potong rambut, tu je la imej yg applicable pon. Rambut afiq bknnye ikal or kerinting utk digunting hujung2 sahaja. Tidak juga lurus hingga boleh diselak-selak. Hanya 1 style utk afiq ni. Kasik tarah bagi nipis saje. Senang lepas mandi xyh sikat utk sbulan dua. Hahaha..
Kali ni ayah and ibu serahkan pale afiq kat kedai Ind je. Afiq sikit pon tak nangis. Meraung je ok. Aiyooo, mcm nak kene potong kepala. Tp ibu ayah wat hati kering je la. Bear je la for the 3,4 minit je tu. Klu buat sdri mau dkt setengah jam. Uncle Ind tu pegang je pale afiq, mesin ajek. Tak banyak pon air mata kuar. Meleleh air hidung je. Hahaha..Kite tgk ye fiq, kali yg ke berapa baru afiq ok potong rambut.
Selagi afiq tak ok, selagi tu la ayah skali akan bermandi peluh, bermandi rambut, and etc dengan afiq. Takpe fiq, susah senang ayah ada bersama. Ibu watpe? Pemerhati bebas. Hehehe..:)
Afiq dah 2 thn lebih. Dah kene diajar nilai2 berdikari dan tanggungjawab. (Waa, sounds like ala tentera jek ajar anak. Kuikui.) Plus, nak jadi abang kan. Kene la ada nilai keabangan sket.
- Pagi2 skang ni ayah ibu ajar afiq kemaskan tempat tido sdri. Suruh afiq angkat bantal, dan selimut. Tp ayah or ibu sama2 buat skali la. Nak tido pon sama, ajar afiq amik bantal dia sdiri, letakkan kat tilam tmpt dia nak tido. So far, afiq enjoy doing the chore. Pantang ckp "Afiq, tolong ibu ambik bantal, kemaskan", sure afiq bgegas nak buat. (Budak2 mmg rajin buat ssuatu yg baru. Tggu la 8-10 thn. Lagi tak kuar anak tekak, tggu la bantal tu terbang sdri). Tp org kata melentur kene la dari rebung ek. And dlm proses tu kene la sama2 bagi kata semangat kat dia. Cthnye "Uihhh, kuat nye afiq". Sambil tu mulut afiq pon same ikut "Uuuuhhh..uuuhhh". Konon berat la tu angkat. Dan jangan lupa bagi reward bila dah siap keje. Xyh la janji bagi mkn eskrem or toys. Bagi kata pujian jek. A simple "Good boy Afiq" will do klu taknak cium bagai pon. :)
- Petang2, kalu afiq and ibu sampai dulu sblum ayah, besenya kami lepak2 dlu kat luar. Ibu suruh afiq siram pokok. Afiq kene dera ke? Haha. Takde lah. Afiq siram olok2 je. Takde air pon dlm bekas siram tu. Afiq pretend siram2 je. At first ibu tgk afiq buat on his own. Napak afiq enjoy jek berlakon mcm tu, ibu pon ajar la lps tu. Ibu duduk je kat kerusi, tunjuk je pokok mane yg blom. Haha. Klakar pon ade, tp fun la tgk. Tp yg tak tahan tu bila afiq tarik tangan ibu nak gi siram pokok yg kat tepi2 pagar. Tanak pegi sdri, nak ibu teman. Klu skali ok la, tapi dah abeh siram seme, afiq akn repeat lagi dan lagi sapai la ibu kne distract ngn something else. Huhu..
- Yang lain2 bese la, ajar buang sampah dlm tong sampah. In fact, nilai ni yg afiq dapat dlu before yg lain2, and ibu discover afiq buat on his own jgk. Mukin dari observation die tgk ibu and ayah buat kot. Sejak tu la, ibu ayah bagi arahan jek bila2 dirasakan perlu. Lagi2 klu mls nk gerak. Haha. Guna alasan ajar anak. Ekeke. Tp kdg2 afiq nak diteman. Nak suruh tgk live acara dia buang sampah dpn mata. So kene bangun and bgerak jgk. Tp xpe la, kate nak ajar anak kan. Huhu..
- Bila afiq nak pandai cuci montot and pakai diapers sdri plak? Huahuahua.. Bkn ape, ajar anak berdikari ok. :)
Untuk lembutkan hati anak2 kita, selain pdekatan psikologi, kite kene berdoa dan bertawakal kpd Allah kerana sesungguhnya doa ibu itu tiada hijab di sisiNya. Sebagai amalan bersama, cuba la amalkan ni.
- Sediakan air masak 1 jug, baca kan surah Al-fatihah (1x), dan surah Thaha, ayat 1-23 (11x).
- Ayat2 terakhir tu adalah sbnrnya doa penerang hati yg biasa kita baca sbnrnya: "Robbi Zidni 'ilma War zuqni fahma, Rabbi Srohli Shodri wa YAssirli amri wa ahlul Uqdatammilli saaniy Yafqohuu Qouli"
- Serta kan lah doa2 kita (agar dilembutkan hati anak, mendengar kata, terang hati and etc)
- Perlu kan keazaman dan masa utk repeat 11x ayat 1-23 di atas. So elakkan buat dikala anak2 tgh berselirat dengan anda. Huhu.
- Bagi la anak minum air tu sbg ganti air masak yg bese dia minum.
1 comment:
akn aku amalkan air masak tuh utk putri yg tgh membuas dan kuat mengamuk skrg nih..huhu...
Post a Comment