Contoh: Ayah selalu tak setuju dengan songs compilation ibu. Ibu ni pilih lagu stok2 endon type. Selalu kalu travel, bila tak dapat siaran radio, ibu terpaksa la hadap tinge dengar lagu2 ayah, faizal tahir and etc. Auww..
Contoh lain: Ayah suka sport rim yg berkaler, mcm crome, white or black. Tp bagi ibu, hanya satu kaler yg layak bg sport rim iaitu silver (typical). Tp tuan punye kete la yg menang kan. Tpaksa la ibu bwk WLD tu dengan sport rim hitam, spoiler sidai spender plak tu. Memang segan nak turun klu park depan kedai makan di kala ibu pakai baju kurung yang macam mak limah!
Contoh lain: Ayah suke movie type yang epic2, classic gitu. Stok2 LOTR tu memang boleh tgk sampai 14 kali. Ibu plak layan stok2 die hard, negotiator and etc. (Berpijak di bumi nyata sket la. Tp ayah layan jgk ni). So selalu nya ayah akan layan movie sorang2, ibu dan anak2 naik atas, tido lagi bagos. Klu tak tido pon, ibu layan tv series, or korean drama which ayah memang tak boleh belah!
Dalam hal mendidik anak pon, kami contradict. Tapi tak clash. In general, ibu lebih berhati kering, tapi when it comes to kids, ibu selalu tak sampai hati nak naikkan tangan kat badan anak2. Ayah lebih suka menghukum, ibu lebih kepada advice and motivation. Paling2 pon ibu naik suara je. I'm more tolerate to kids. Tapi selalunya bila ayah menghukum, ibu agree je walopon hati ada sedih. (Hati berkata "how come you do that to my kid? Tp when i come to my senses, i just let it be, biar lah ayah mengajar anak dia).
Punishment zone bagi afiq adalah di luar, antara pintu masuk dan grill luar. Kat carpet merah dlm gambar ni. Selalu kalau afiq buat hal, ayah akan angkat letak kat luar. Afiq akan menangis la kat luar tu sampai la ayah pegi bukak balik. Ibu jarang buat, selalunya ibu cakap je "diam sekarang, klu tak, ibu letak luar". Tapi tak letak pon. Ibu just cakap 2,3 kali guna high pitch, afiq diam la. Ayah takde, angkat dan humban je! Huhuhu..One thing about afiq ni, dia jarang melawan, dia meraung je la kt luar tu. Klu anak kita melawan, rasa nak berkeras tu membara la sket kan, bila dia tak melawan ni, kita jadi cepat sejuk la plak.
Afiq on potty train about one week dah. Tapi masih lagi ada kes-kes terbarai. Ibu memang tolerate bab2 potty train ni. Bila afiq datang2 kat ibu dengan seluar dah basah, ibu masih boleh cool, try to not let him down, and motivate dia lagi. Ibu cakap takpe, tapi next time, abg kene cakap nak kencing dan pegi bilik air. Tapi ayah tak, klu 2 minit lalu, ayah tanya nak kencing tak, afiq cakap tanak, and suddenly terbarai, memang ayah akan hangin satu badan, and afiq akan ada masalah besar lah! Bagi ayah, kalu afiq keep doing the same mistake, then that's it. Next time, memang terus hukuman, no more advicing! Tambah2 klu baru je lepas tye, tp buat jgk pastu, memang mengaktifkan jin-jin lam badan ayah la jawabnya.
Malam tadi, afiq terbarai kat sofa. Kes 2 minit jgk. Ape lagi, ayah angkat dengan suar2 basah tu letak luar! Tak cukup letak luar, ayah angkat, letak lam bilik air pulak! Ayah cakap "duduk cni, jangan keluar! (As xpected, Afiq mmg tak keluar bilik air, dia meraung la lam bilik air tu. Lurus sket budak ni). Agak2 dah lama, ibu pegi la selamatkan keadaan. Bersihkan afiq, tell him his fault, and ask him to salam ayah and say sorry. Lepas tu, ayah plak explain to him apa dan kenapa. Lepas tu, he's good as nothing happened.
Sejak seminggu lepas, ayat yang dah berbuih kat mulut ibu ayah ni adalah "afiq, nak kencing tak?" "afiq, kalau nak kencing, pegi bilik air. tau tak? faham tak?" selalunya afiq akan cakap "tau, faham". Tp jawapan terbaru afiq "faham faham faham". Dah tension agaknya satu hari brp puluh kali nak cakap faham. Hakhakhak..
Terbaru, ayah balik dari kedai dengan 4 batang rotan! Huuuu..bundle hoke. Kalah guru disiplin. Rotan mesti dipamer supaya dapat dilihat oleh anak, supaya mengingatkan mereka, rotan itu akan lekap kat badan mereka kalau mereka buat silap. So disinilah duduknya rotan di rumah kami. Ayat terbaru pasni "afiq, nampak tak ni, nak kene ke?" Huhuhu...
Ibu selalu jgk berdiskusi dengan ayah, sebab banyak penulisan yang kata kekerasan tak berkesan di kalangan anak-anak. As they grow up, mereka akan develop perasaan marah, balas dendam and etc. Kami selalu wonder, how come it not effective, sedangkan kami berdua membesar dengan birat2 di kaki, tangan, dan badan. And yet, kami tidak memberontak, tidak benci kepada ibu bapa, malahan bterima kasih krn dididik sedemikian. Atau ianya tidak berkesan lagi utk anak-anak zaman sekarang? Dan kenapa tidak? Mak ayah kami dlu lagi la, main piat aje, takde pon sesi explanation pastu, kenapa kene pukul tadi, next time kene buat macam mana and etc..kami ni dah add on dah sikit, hukum dan explain..impact nye taktau la, harap2 melekap la di hati dan minda anak-anak..
Macam ibu selalu mention, whatever method pon, you know your child well compare to other people. Macam dalam adek bradek ibu sendiri pon, yg atas2 membesar dgn hukuman. Yg bongsu ppuan tu, hukuman didn't work for her. Mase kecik2, biasa la, datang hari kus-kus, buat prangai taknak pegi sekolah. Kami yang atas2 pon setiap orang penah alami.
Bonda rokiah dengan suara halilintar, "takmboh gi sekoloh? napok tali ni, mok ikat kaki tangan kt tiang tu! loh aa..". Kami kalau dengar je gitu, walopon teresak-esak, kuatkan lah jgk kaki melangkah. Adek ppuan kami tu pulak, dengar je gitu, dengan mnangis2 ni, dia pi kat mok kami, dia hulur tangan, macam orang nak kene gari tu. As if dia nak kata "ikat lah, janji takyah pi sekolah". Sebab mok kami kata klu tak pi skolah, kene ikat kaki tangan. So klu kene ikat, takpe la tak gi skolah.
Scene lain, klu kami yg atas2 malas semayang, mmg kene rotan. Adek hat ppuan tu, klu rotan tak jalan. Ngn dia kene psiko. "bakpe takmo semayang, tak kesian ke kat mok ni, mok jage, didik dari kecik, suruh jadi molek..napa buat gini ke mok..". kasik keinsafan sket, pastu dia meleleh sama2 mnangis ngn mok kami, ok la, dia pi la smayang..
Only you know ur child best.
Aim kita adalah untuk buat kek. Ape pon ramuan dan cara nya, kita berharap hasilnya adalah sebutir kek yg menjadi!
4 comments:
mmg tgk keadaan. dulu akak pun berbilai2 kena rotan. Kalo kat umah org kami buat hal, mak tanye depan2, kalo tampar ape..(menjawab:berdarah), kalo cubit?..(menjawab:berdetus) huhu..warning tahp tinggi tu. kalo sekali lempang mmg berdarah la..kalo cubit dalam je. dah tu detus2 bunyinya..heheh..
budak2 ni pun kena praktik benda yg sama, tapi mmg kena ada explanation pastu. then ada penalty area gak la mcm ayah afiq buat..insyaAllah niat kita baik, kalo terlalu kesian, spoil jugak kan..lagi satu kite pun blh naik hantu nnt tetiba..cuma blum apply rotan sbb takde rotan tapi jentikan ibu kat mult atau tangan mmg Aunis senyap la jugak. IsnyaAllah derang faham kenapa kena sbb amaran mulut diignore kan je kan..:)
ekceli afiq ni bukanlah jenis budak yg nakal/degil/tak dgr kata/suka melawan/ sgt....in my exp sbg pak sedara i saw a lot more nieces n nephews yg jauh lebih nakal dr afiq nih....alhamdulillah setakat ni afiq boleh la dikategorikan budak baik...
so far kalu liat sgt ayah jentik2 manja or tinggi suara 2 3 kali afiq akan ikut ckp ayah....
skang ni ayh nak train dia to take serius apa yg kita bgtau kat dia...and rotan tu sbg peringatan jer lah....setakat ni bila acah nak kene rotan mmg afiq sgt2 serius dan takot....which is very good lah....harap2 rotan tu akan remain disitu selamanya sebagai tanda peringatan utk anak2 ayh....insyaAllah....
en.sanie mmg garang...ape yg en.sanie buat tu, saya yg laksanakan di rumah saya. aisyah pon slalu duduk kt luar, meraung2 ketuk pintu. saya xpedulik wlopon jiran dgr. keringkan hati, a few minit br bg dia masuk...saya pnh cubit ank2 saya smpai lebam tau, kejam nye...huhuhuuu...saya ingat nk tukar jgk bulu ayam kt umah tu, beli rotan mcm en.sanie, sbb xbest bulu ayam sepah2 lps rotan ank2...hohohooo...
mase kecit, kami pon kene ngn ummi kami...tp bile besar makin syg kat ummi ade lah...hehehee...bdk2 zaman skrg byk dimanjakn, mereka pon pndai m'berontak & xreti takut. tu pon mslh jgk...
sejak bace kisah afiq dlm blog ni mmg saya rase afiq bdk baik, jauh beza ngn ank2 saya yg buas sesgt & kdg2 ade time yg buat xreti, & yg byknye slalu xingt ape yg ummi xsuke diorg buat, they keep repeating doing something which I don't like, mcm main yg bkn2 la, sepah2 kn bnde yg sepatutnye laa...sepah2 mainan tu bleh terime lg kan...hmmm...
Takpe gra, sayangkan anak, tangan2 kan...psikologi tu kene jugak...tapi anak yg kecik nih, kadang2 apa yg kita kata tak mudah nak terima dan paham pada masa tuh, tapi dgn cara ini mmg dapat displinkan anak....jgn dah besar nnt baru nak naik tangan...mmg dah tak guna dah...
kadang aku paham perasaan yg tak sampai hati tuh....tapi jgn terlalu lembut...niat mmg nak didik...kalau semua benda kita tak apakan sahaja...dan semua kehendak anak kita turutkan...jd lah anak macam Anakku Sazali...menipu, degil dan sudahnya jadik kejam...mana yg kita mahu kemudia hari....
renung2 kan dan selamat beramal....
Post a Comment