19.1.11

Menangani anak cerewet makan, copied from anakkusayang.com


Would like to share the info from anakkusayang.com. Anak soleh ibu sorang tu sangat susah nak makan. Believe me, kadang2 2 hari dia tak makan nasi. Makan la apa2 yg lain, tu pon dlm kuantiti yg sangat sedikit. Selebihnya, susu, susu, dan susu lagi..

FAKTA
FAKTA : anak-anak yang cerewet dalam makanan ini adalah perkara yang biasa. Ianya akan muncul dalam ratio seorang setiap lima orang anak-anak.
Fakta : Kajian di University of London menunjukkan bahawa masalah ini kebanyakannya adalah genetik. Jika ada di dalam keluarga anda pasangan, adik beradik, ibubapa, pak cik mak cik, yang cerewet dalam makanan, maka ianya berkebarangkalian akan ada dalam anak anda juga.
Here comes the genetic part! Sah la genetik ibu nih. Sebenarnya ibu ni tak la memilih makanan, tapi banyak yang ibu tak suka makan. Heheh (tak same meaning kan? hikhik).  Ibu tak makan coklat, kuih2 manis, telur kuning, kerang, hati ayam, durian, and a very long list lagi. Sbnrnye ade 2 benda berbeza kat cni, ada yg ibu mmg xleh nak telan spt telur kuning and hati ayam, and ada yang ibu boleh telan, tapi tak berminat mcm kuih2 manis, kek, coklat and ape2 yg manis la. Tapi nasi ibu suka la makan...awat afiq tak suka plak. huhuhu..
Fakta : Biasanya anak mula berhenti dari makan semua jenis makanan pada usia 2 tahun, ketika deria rasa mereka mula berubah dan keinginan makan mula menurun. Dan perkara ini biasa berlanjutan sehingga usia mereka 4 tahun atau 5 tahun (atau lebih lagi).
Fakta : Kajian oleh American Academy of Pediatrics menunjukkan kebanyakan anak-anak akan hilang sikap ini apabila mereka semakin dewasa. Namun ada juga kebarangkalian bahawa cerewet dalam makan ini boleh membawa kepada masalah “eating disorder” yang sangat bahaya.
——————————————————————————————————————————
WARNING!
Sila bawa anak anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya tanda-tanda berikut ada dalam diri anak anda :
1. Berat badan turun. Sekiranya anak anda masih makan dalam kuantiti yang sama namun berat badan mereka semakin turun dan berat badan mereka jauh kurang dari yang sepatutnya (berdasarkan graf umur dan ketinggian) maka bawa anak anda berjumpa dengan pakar. Perhatikan juga tanda-tanda seperti cirit-birit, demam, muntah, atau menjolok tekak untuk sengaja muntah.
So far, belum lagi hingga tahap turun berat badan tu.
2. Perubahan selera makan mendadak. Selera anak mungkin boleh berubah dari masa ke semasa, namun apabila ianya berlaku secara mendadak seperti langsung tidak mahu makan atau sebelum ini tak ada masalah tapi tiba-tiba sahaja dia jadi seorang yang memilih makanan, ianya mungkin boleh disebabkan oleh stress, murung, dibuli di sekolah, atau “eating disorder”.
3. Semakin kurus atau rambut gugur. Ini mungkin adalah tanda anak anda kekurangan zat makanan, anemia atau sedang stress.
4. Perubahan sikap yang mendadak. Sekiranya anak anda tiba-tiba menjadi semakin garang, selalu marah-marah, tak mampu untuk fokus, tak dapat tidur, atau bermasalah untuk berkawan, ianya mungkin berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang.
5. Allergy kepada Makanan tertentu. Sekiranya beberapa minit selepas anak anda makan, tiba-tiba dia menghadapi simptom seperti batuk. selsema, gatal kulit atau mata, keluar bintik-bintik merah, bengkak, pening, kejang, menangis, atau bersin-bersin, dia mungkin mempunyai allergy kepada makanan.
6. Cerewet dalam perkara lain (selain dari makanan) seperti kebersihan, pakaian, kekemasan, dan sebagainya dan ianya mengganggu kehidupan seharian anak anda, maka tanyakan kepada doktor anda mengenai Obsessive Compulsive Disorder (OCD).
—————————————————————————————————————————
PENYELESAIAN
Sekiranya anak anda tidak termasuk dalam kes di atas, maka jangan risau, anak anda cuma seorang yang cerewet dalam makanan (bukan masalah lain) dan ianya boleh ditangani dengan 5 langkah.
1. Jadikan waktu makan lebih positif
2. Jadikan waktu makan lebih tersusun
3. Kurangkan makanan yang akan menurunkan selera makan.
4. Sediakan makanan mengikut selera kanak-kanak. 
5. Terus mencuba
Saya akan terangkan lebih mendalam mengenai Cara penyelesaian ini pada siri yang seterusnya…
Anakkusayang.com

8 comments:

Ibu Aunis said...

samalah ngan anak2 akak..jgn kan kate tak makan nasi 2 hari, 2 bulan pun boleh jadi. Sangt2 jarang makan nasi. Betul la genetik, Aunis ni ikut ayah la tak mau makan, ops..takut makan. Sbb ayahnya tak makan pun 2-3 kali masuk dalam juga, lagikan makan, tak yah tggu sejam, gerenti 5-6 kali gak masuk dalam sehari. Maka itulah kot xmau makan.
Dah aunis ni byk dgn ayah, pastilah ikut resmi ayah. Susah payah masak lauk, dibantai gak biskut, coco crunch etc tu lah. Susu lagi la tak minum except yougurt. em...for the time being best la ibu. Tapi dek kerana ibu ni jenis kaki makan,paksa jugak la budak2 ni makan nasi. tu pun kalo masuk lebih 5 suap agak beruntung la..tapi tulah teruskan..jgn give up...:)
So zira, rasenya dalam kes ni, en sani awak la blh tolong utk atasi masalah ni..hehe

Agoogoo said...

uihh husb k.far, lawas btol...hakhakhak..

Arina Aziz said...

ehh.. bukan afiq boleh termasuk dalam kategori no 6 tu ke? kan dia tak boleh kalau kaki basah semua tu kan?

anyway, adlan gitu gak dulu, susah makan, asek rely on susu. apa aku wat, aku selalu buat2 meleceh bila dia mintak susu. aku suruh dia makan nasi dulu lah, makan benda lain dulu lah. pastu baru minum.

kadang2 aku takutkan adlan kalau dia tak makan, nanti sakit perut, and lepas dia minum susu, dia akan muntah (sbb perut kembung). adlan ni pulak memang spesis senang muntah. so, aku relate kat situ la.

pastu aku perasan skang ni, dia suka makan sebab adik dia makan sekali. aku rasa budak2 ni suka makan kongsi2 kot.

alhamdulillah, skang ni dah takde masalah susah makan. sekali sekala je ada.

Agoogoo said...

a'aa..aku x prasan plak no 6 tu. penah jgk sani berkeras, klu x mkn nasi, no susu, no tv. tp afiq ni hati ada mau keras sket srupa aku. heheh. klu dia xnk, mmg x mkn dipujuk. mmg dia duk mrajuk stand still gitu je la. kira rela lah tak minum susu and no tv.

sani sampai jentik pon ada. sampai tahap forcing, aku rse not the rite way plak. dia akan lg susah makan kan..so tukar approach..

kene byk psiko and let him be..or mebbi tunggu huda bole makan jgk la kot..huhu..klu huda pon x suke makan, alamat save la beras umah aku..

MamaAinaDhea said...

hehehe...menyampuk jugak...

dulu aina ade jugak masalah susah makan....na dusah minum susu....bayangkan la camne hati dn perasaan aku....tapi penah satu hari, aku tercakap dgn kawan aku...kalau aina nak makan nasik ngan telur dadar hari2 pun aku tak kisah...aku bersyukur sgt sgt sgt dah...and dgn rahmat Allah sbb mulut ibu nih, maka si aina start makan nasik dgn telur hampir setiap hari....and kelakar nye nasik n telur dadar saje....campur kicap ke hape ke....sume ditolak nye....mmg aku bersyukur sgt sgt sgt....and alhamdullilah berat badan die boleh tahan...dh 22kg minah tuh....mmg anak kite perlu sume nutrisi...tapi dah mmg lumrah bebudak suke memilih...meke pun ade hak jugak......tapi mmg kene byk bersabar...and kalau boleh doa byk2...and aku mmg tak paksa sgt die makan macam sayur ke ape ke....sbb aku risau lagi dipaksa lagik dia trauma....cuma boleh la dipsycho sekali sekala bebudak neh....

Agoogoo said...

22kg?
berat aku mse sek rendah..huhu..

EdaManAli said...

ank2 kami xde mslh mkn...sbb mak bapak diorg pon bedal je segala jenis mknn t'masuklah yg ibu afiq xmkn tu...
agak2 ibu afiq mkn x siput sedut...msk lemak...yummy!!

Agoogoo said...

heheh. kompem x mkn tu idama.
nway mmg penah bace, klu moms time preggy mkn mcm2, i'allah anak nanti pon boleh mkn mcm2. sbb tu mse preggy huda humaira, mcm heppi je sbb lidah rse nk mkn durian, kerang n mnde2 manis. hopefully bila besar nati dia xde la masalah makan ni..huhu..