10.8.10

Malam Pertama

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama: 
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Alhamdulillah kita semua masih dipanjangkan umur untuk menikmati bulan Ramadhan pada tahun ini. InsyaAllah hingga ke akhir Ramadhan jika diberikan kesempatan.

Tahun lepas ibu sempat bersama ayah and afiqun seminggu je di bulan puasa. The rest, ibu berada di Norfolk utk merasa sedih pilu berpuasa and beraya di sane. Huhu. Sekejap je dah setahun. Pejam celik je rasenye. Tahun ni, ibu berpuasa dalam keadaan 7 months ++ pregnant plak. Hopefully, ibu diberikan kekuatan untuk berpuasa penuh, perit jugak tekak mengenangkan jadual ibu yang agak pack waktu tghari. Hari biasa pon rase semput and kering tekak, tak tau lah puasa mcm mane. Semuanya cabaran yang perlu dihadapi dengan penuh positif. InsyaAllah kalu kita berfikiran positif, segalanya akan dipermudahkan..

For the first nite ni, ibu solat terawih di rumah je alone. Dan rasenye for the rest of the terawihs kot. Huhu. Sekarang ni ibu dah agak slow mo nak naik turun mase solat. Dari sujud nak bangun balik tu dah t'tonggeng2 and menyenggeng kene tahan ngn tangan sebelah. Huhu. Ade kalanya bila perut senak and rase so full and berat, ibu tpaksa solat duduk. Tapi tak selalu lah macam tu. Sebolehnya ibu cube solat mcm biasa lah.

Ayah bawak Afiqun ke surau. Tak tau lah tu ape jadi kat surau tu. Belum balik lagi. Kalu Afiq behave, boleh la ibu ikut ke surau esok lusa. Kita tengok komen ayah bila balik nanti. Ibu dah pesan kat ayah, duduk belakang2 sket, so boleh jeling2 Afiq. Takot dia turun main kat tanah je..

Ayah afiqun waktu sahur mesti kene lauk panas2. Takde kuah takpe, asalkan lauk dimasak fresh. Yang perangat2 dia kurengs. Nasi lembik sket, goreng ikan, goreng sayur pedas2 pon cukup. Janji panas2..tapi biasanya ayah afiqun tak kesah bangun and prepare the lauks. Ibu get ready ngn bahan2 je kan sebelum tidor? Tak gitu ayah Afiqun? Heheh..insyaAllah tahun ni ibu cuba sebolehnya since Afiq pon dah tak bangun malam. So ibu boleh rest lebih sket waktu tido and boleh bangun dengan cargas utk prepare the sahur..

Selamat berpuasa to all. Semoga merit kita lebih tinggi dari tahun lepas. InsyaAllah. Amin..

2 comments:

mimi said...

selamat berpuasa to keluarga afiqun..mencabar jugak ek nak bgn awal masak utk sahur..nasiblah incik macca tak kisah mkn lauk minggu lepas pun tape..kihkih

Agoogoo said...

do'ohnye lauk mggu lepas..lauk mende tu, sambal bilis kering ke..huhu..