17.8.10

Journey 30/40: Cabaran Berpuasa

Berpuasa ketika tempoh sarat ni adalah suatu cabaran buat ibu. Yang pelik nya, it feels ok during the day. Tapi bila dah berbuka je otometik lemah. Mungkin siang hari ibu 'terpaksa' bergerak demi tuntutan kerja, so kepenatan tu nak tak nak kene abaikan je. Bila malam je, baru seme kepenatan tu terasa. Rase seme berat badan terkumpul di betis dan peha. Sungguh tak larat nak berbuat ape2. Even kdg2 terpaksa semayang duduk sebab kaki rase tak larat nak menampung berat badan. Klu rase nk buat ape2 mesti buat before berbuka. Once dah berbuka, semua yang rase nak buat dah hilang dek kepenatan.

Suatu malam tu, hari ketiga berpuasa, ayah memang pensan awal sebab pegi keje sesudah subuh. So tak tido since bangun sahur. Ibu plak memang bergolek kat tilam. Mata tak mengantuk tapi satu badan lemah. Afiqun masih cergas. Ibu tengok afiqun main sorang2. Memang sepanjang berpuasa ni, Afiqun very independent di malam hari. Main sendiri mase ibu ayah tengah terawih. Memang takde masa untuk dia. Lepas berbuka, terus solat, pastu rehat tak sampai 15 minit, isya' plak and terus sambung ngn terawih. Sudah terawih dah 930 lebih, mata pon dah kuyu and badan penat. Afiqun terabai je. Malam tu, ibu tengok afiq main lori sambil baring kat tilam, mulut dia diam je sambil tangan dia lalu-lalukan lori tu kat bantal wat macam bumper. Ibu rase sedih..mak ayah baring, anak sorang2..ibu jadi sebak and masuk bilik terus nangis sebab rase tak sepatutnya ibu lemah macam tu. Ibu terpikir kalu nanti anak 3,4 pastu preknen lagi mase puasa, takkan nak lemah macam ni jgk. (Ya, ibu mengandung mmg hover sensitip hoke, tgk muke laki and anak tido pon boleh menitis ayaq mata).

Afiq layan PHDC kat lappy. Ayah dolod gambar terbaik punye. Hari2 tgk sapai dah boleh hafal. Tgk afiq sebut choo-chooo tu...klu ngadap ni, x igt dah nk berebut camera ngn ibu..

Ibu terpikir, tahun lepas, ibu boleh kerja dari 8 pagi, and pegi terawih di surau di ODU tu, balik rumah jalan kaki around 930 lebih, and balik siap boleh buat kerja lagi sapai larut malam. Ye, mungkin mase tu ibu tak preggy, tapi still, ibu kuat mase tu. Tahun ni semua kat rumah, tak perlu menapak ke mana2 pon. Ibu fikir ni semua hanya psikologi je ni..Once ibu dah optimis mcm tu, baru lah badan otometik jadi kuat untuk melawan rase2 yang negatif tu..

Ibu teringat jejak rasul srikandi few days ago, cerita tentang puteri Nabi s.a.w, saidatina Fatimah. Fatimah hidup susah dengan Ali karramallah, sehingga dikatakan nampak tulang temulangnya sebab teruk bekerja. Suatu hari Fatimah (or Ali, dah lupe) minta pembantu dari Rasulullah untuk meringankan kerja Fatimah. Rasulullah beri pembantu, tapi pembantu dalam bentuk zikir. Kata Rasulullah, berzikir lah kamu sebelum tidur dengan menyebut Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 33x. Itulah kekuatan yang diperlukan Fatimah. Bukanlah Fatimah menjadi superwoman disiang hari dengan zikir tersebut, tapi dia mendapat kekuatan dan letih tidak terasa.

Ibu cuba amal formula Rasulullah tu, dan positifkan minda, lawan feel2 negatif yang datang. Hasilnya, rase better di malam hari. Hopefully, the rest of ramadhan ni dapat diteruskan dengan lebih baik.

Well, itu cerita cabaran ibu berpuasa. Macam mana pula cabaran si kecil kat dalam ni? Ibu yakin, Allah tu Maha pengasih dan penyayang. Even ibu tak makan siang, insyaAllah apa yang ibu bekalkan waktu berbuka dan sahur cukup untuk si kecil ni. Yang penting ibu tak miss all the supplements (calcium, obimin and neuro PB) and satu hari mesti makan 7 biji kurma ngn 2 sudu madu. Selain dari berbuka and sahur, ibu memang kureng ngn aktiviti bermoreh, makan kuih muih ngn kunyah kepek mepek ni. Makan ikut time kate orang. Sebab rase dah full sangat. Klu tgk tingin nak makan, kene makan before makan nasi. Lepas dh nasi, mmg tak hingin dah..tp klu pauh cicoh colek Mak Bi tu boleh lagi masuk..ngehngeh..

Semalam cerita ceritut ngn ibu putri jgk. Dia pon same lah, tapi lagi kijam aa. Kol 8 dah pensan. Haha. Lg hover. Putri pon jenis rilek je main sendiri or tengok katun. Tapi ibu putri tak msuk bilik mnangis mcm ibu afiq la. Ibu putri layan tido lagi syok...ekekekke..bangun tgh2 malam baru bermunajat ek..;)

Kalu tak preggy pon, sure kepenatan jgk. Tanya lah mama athirah ngn mak hawa. Keje2 opis sejak jadi RU uni ni memang tak pernah abeh. Ade je keje yang tertangguh. Klu dgr rintihan mak hawa, sure kita yang turut same naik serabut. No wonder la mak hawa naik pentas itu hari..:).

Keje adalah ibadah. Puasa lagi-lagi lah ibadah. Ikhlas kan amalan pekerjaan kita, insyaAllah 2-2 kita dapat ganjaran..

2 comments:

mimi said...

sabarlah gra, kt cni pun ramai preggy moms..sume tgh sarat, ada yg due buln ni, bln depan..ada yg preggy twins..i tgk pun kesian diorg..dh la bukak pose kul 830pm..sahur abis 330pg..ada yg 1st day pose dh nk pengsan, tp tabahkn jugak hati teruskn puasa..
i yg tak pregnant ni pun,siang alhamdulillah ok..mlm kepala mulalah nyut2..hihi
ok gra, selamat berpuasa, jgn nangis2 tau :)

ati said...

ye betul, keje tak abis2. Sgt rindu ngan zaman cuti belajar. Serabut ngan satu bende je, bila serabut g shopping, hehehe.