6.9.09

Afiq Tanpa Ibu : Minggu 1


Esok genaplah seminggu AFiq tanpa ibu. Alhamdulillah Afiq tak meragam atau membuat perangai2 aneh setelah seminggu ditinggalkan ibu.

Isnin &Selasa - Afiq maintain kool walaupun ibu tak ada. Ayah pasan ada masa2nya Afiq akan masuk ke master bedroom dan bilik tengah masa tengah main2. Maybe he is looking for his mother. Overall Afiq berkelakuan normal dan tak banyak merengek2. Afiq masih ceria seperti Astro Ceria, untuk kita2 ajer.....

Rabu , Khamis , Jumaat - Bila ayah pick up AFiq dr umah pengasuh, Afiq macam dah lalok2. Bila sampai umah ayah try tidokan Afiq dalam buai tapi tanak. Dia insist nak main lagi. Afiq surely akan menangis meraung2 kalau ayah pegi dapur. Mulanya ayah pelik jugak sebab tak penah pulak selama ni dia mcm tu. Tapi bila ayah check blk ngan ibu n pengasuh Afiq mmg mcm tu kalau duk tinggal berdua jer...ada kala nya AFiq ngamuk2 tak kasik ayah duk kat meja mkn utk berbuka. Terpaksalah ayah berbuka depan tv. Dan setiap 3 malam itulah ayah akan marah Afiq sebab menangis bagai nak rak kalau ayah pegi dapur. Dan Ayah pasan Afiq dah mula tak cari ibu lagi. Maybe AFiq dah tau yang ibu memang tak ada.

Sabtu - Ayah bawak Afiq jln2 kat Jusco. Mesti Afiq bosan duk umah jer kan. Tapi Afiq mcm tak hepi jer pegi Jusco. Ayah bawak naik kete yang masuk token tu pon Afiq buat bodo jer.....besenya AFiq suke sakan bila pegang stereng kete....Waktu berbuka ayah pegi rumah Wak Som kat Setia Indah. Afiq tido all the way. Ayah terpaksa stay dalam kete mase sampai umah Wak Som nak biar Afiq tido lama sket. Afiq hepi sangat2 dpt main ngan Kak Ika n baby Syirah. Ketawa tak hengat n langsung tak heran ngan ayah. Jam 10 on the way blk ke rumah, Afiq pengsan dalam kete sampai pagi. Penat sgt la tuuuu...

Ahad - Afiq bgn pagi dengan ceria. Tah hapa2 dia merapu2.....maybe kesan hepi dia mlm tadi membawa ke siang. AFiq dah kurang nangis bila ayah ke dapur. Tapi ada kalanya dia menangis tapi takdelah nangis bagai nak rak mcm sebelumnya. Ayah bawak Afiq gunting rambut kat kedai. Afiq tanak duduk atas kusi n tanak dipakaikan kain putih. So terpaksalah ayah pegang Afiq tanpa apa2 alas. Mulanya AFiq steady jer bila tukang gunting sodok rambut ngan mesin. Tapi bila nak ending AFiq mula meronta2. Gatal agaknya kene rambut2 yang bertaburan. Tu la eksen sgt tanak pki kain putih tu.....balik rumah Afiq mandi sekali lagi dan terus tertido....


Afiqun botakun






Nilah kisah Afiq yang ditinggalkan ibu selama seminggu. Ayah akan cuba menjadi Mr Mama (bak kata ayah Sarah) yang terbaik...Harapnya Afiq dapat bersabar menanti kepulangan ibu.....another 11 weeks to go my son....

7 comments:

Agoogoo said...

afiq dh potong rmbut? finally...tepek ler gambo yah..kt fb ke..

saniepunye said...

gambo dah amik..tp nak kene transfer dulu...takde masa lagi...sabo ehhh..

mimi said...

gra suh en ahsani timbang berat afiqun..tgk time u balik nnt progress berat afiqun ni mcm mana..ntah cukup mkn ke tak afiqun dibwh jagaan en ahsani ni..hehe

Agoogoo said...

klu naik mmg kne reward la, sbb berat budak kecik tu static je since past 2 months..hehe..

saniepunye said...

tak yah timbang2 deee...silalah mendukung afiq blkk kang.....konfem ibu tak larat....ayh skang pun dah lenguh nak dukung afiq....huhuhu...

p/s: btw samada afiq naik berat badan atau tak, ayah tetap dapat reward seperti yg telah dipersetujikan kan kan....

yatiemeow said...

afiq..afiq..mcm sedang memendam perasaan aje...

Agoogoo said...

poor my boy kan..sob2..